بسم الله الرحمن الرحيم
Segala Puji Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Semesta Alam.
Selawat dan salam sentiasa dan selamanya ke atas semulia-mulia makhluk صلى الله عليه وسلم yang diciptakan Allah Ta'ala, ahli keluarganya yang suci, para Sahabatnya yang mulia dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari Kiamat.
Mengambil keberkatan pada hari Juma'at yang mulia ini, mari kita lihat beberapa hadith tentang kelebihan bersalawat, dan seterusnya, memperbanyakkan salawat kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم .
Hadith-hadith diambil daripada kitab Fadhilat Salawat yang diterjemahkan oleh al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله daripada kitab al Nafhah al Ilahiyyah fi al Solah 'ala Khair al Bariyyah karangan seorang ulama' besar, Syaikh Sayyid Abu al Fadhl Abdullah ibn al 'Allamah Muhammad al Siddiq al Ghumari al Hasani رضي الله تعالى عنه .
Hadith 13
Daripada Abi Umamah رضي الله تعالى عنه berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Perbanyakkanlah salawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya salawat umatku dipersembahkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak mengucapkan salawat ke atasku, maka dia adalah orang yang paling hampir kedudukannya di sisiku."
-Diriwayatkan oleh Imam al Baihaqi di dalam hayah al Anbiya' dan isnadnya adalah hasan.
Hadith 30
Daripada Anas رضي الله تعالى عنه berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Barangsiapa yang disebutkan (nama)ku di sisnya, maka ucapkanlah salawat ke atasku. Barangsiapa yang mengucapkan satu salawat ke atasku, nescaya Allah akan bersalawat ke atasnya sebanyak 10 kali."
-Diriwayatkan oleh Imam Ahmad رضي الله تعالى عنه
Hadith 32
Daripada Umar رضي الله تعالى عنه berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Barangsiapa mengucapkan satu salawat ke atasku, nescaya Allah bersalawat ke atasnya sebanyak 10 kali, hendaklah seorang hamba itu mengucapkan salawat sama ada sedikit atau pun banyak."
-Diriwayatkan oleh al Tabari dan beliau berkata: Khabar sanad ini di sisi kami adalah sohih.
Wallahu a'lam.
16 Safar 1432H / 21 Januari 2010M
Gombak.

No comments:
Post a Comment