Monday, November 21, 2011

Siapa Sebenarnya Wahhabiy?

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah Ta'ala, yang tidak serupa dengan makhluk.


Sholawat dan salam sentiasa dilimpahkan ke atas Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , semulia-mulia makhluk, ahli keluarga serta sahabatnya yang mulia lagi berjasa dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari kiamat.


InshaAllah di akhir bulan Zulhijjah ini, iaitu di penghujung tahun, pesan ulama', banyakkan melakukan amal kebaikan, sekalipun jika pada awal tahun tersebut, ada melakukan dosa dan maksiat, tetapi, moga-moga amalan-amalan baik yang diakukan pada akhir tahun, akan dipandang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Agak lama ana tidak mengemaskini blog ini, doakan agar diberi kekuatan untuk istiqamah dalam menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat untuk kebaikan diri sendiri khususnya.


InshaAllah, untuk kali ini, sekadar untuk meyampaikan amanah guru kami al Fadhil Ustazuna Muhadir bin Haji Joll al Sanariyy untuk menyebarluaskan tentang buku yang bertajuk, "Siapa Sebenarnya Wahhabiy?". Ia adalah buku terbaru tulisan al Ustaz Zamihan al Ghari, boleh terus ke blog beliau di link ini
.






Penerangan ringkas tentang buku tersebut diambil daripada seorang sahabat dalam facebook mengenai buku tersebut;

Harga Buku : RM25 Buku ini menjelaskan tentang latar belakang fahaman Wahhabiy, sejarah kemunculan, sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan Wahhabiy di Tanah Melayu. Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy, tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status terkini Wahhabiy di Malaysia. Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia didedahkan oleh seorang pengkaji Wahhabiy. Beliau telah menyampaikan lebih 2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai universiti, institusi pengajian tinggi, kementerian & jabatan kerajaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), masjid-masjid dan surau-surau dan pelbagai syarikat swasta. Diberi kata alu-aluan oleh Al-Fadhil al-Faqih, Dato’ Haji Mohd Saleh Hj Ahmad dan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady.


Komentar al Fadhil Ustaz Abu Muhammad, link;

Karya terbaru al-Fadhil Ustaz Zamihan hafizahullah. Memberi penerangan mengenai sikap dan kefanatikan puak Wahhabiy dan bahayanya. Elok untuk dibaca agar kita tahu siapa puak-puak ini, apatah lagi sekarang ni ramai asatizah dan protaz yang terpengaruh dengan dakyah ini mula menyusup masuk ke berbagai badan kerajaan, swasta dan parti - parti politik
..

Diizinkan untuk disebarkan untuk manfaat ummah, 'Aqidah yang selamat ialah 'Aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah (Asha'irah wal Maturidiah)

Dapatkan segera!


Wallahu a'lam.

24 Zulhijjah 1432H / 21 November 2011M
Gombak.

No comments:

Post a Comment