![]() |
Thursday, June 14, 2012
Sunday, March 25, 2012
Seminar Antarabangsa dan Maulid Perdana..


Saturday, March 3, 2012
Masa Muda
Tuesday, November 22, 2011
Majlis Ilmu Di Tempat Anda..

MADRASAH AL KHAIRAT, KUCHING, SARAWAK.
UNTUK MENDAFTAR, SILA HUBUNGI FAZRUL - 010 963 4716 ATAU SYAMIMI - 014 590 7282

UMMAH TALK - UKM, BANGI
22 NOVEMBER 2011 - AL FADHIL USTAZ MUHADIR BIN HAJI JOLL AL SANARIYY,
PENSYARAH UIAM.
29 NOVEMBER 2011 - SYEIKH ROHIMUDDIN NAWAWI AL BANTANI AZMALKHAN, PENASIHAT MARKAZ AL JAILANI ASIA TENGGARA.
6 DISEMBER 2011 - AL FADHIL USTAZ NUSHI BIN MAHFODZ, KETUA JABATAN SYARI'AH BAHAGIAN MATRIKULASI KUIS.


Y.M. TAN SRI PROF. DR SYED MUHAMMAD NAQUIB AL 'ATTAS

SELAMA 3 HARI 2 MALAM, MENGKHATAMKAN KITAB 'AQIDAH ISLAM.
BERTEMPAT DI BAYT AL HIKMAH, AMPANG, SELANGOR.
TEMPAT ADALAH TERHAD, DAFTAR SEKARANG DI SINI.
Sila sebarkan untuk manfaat ummat Islam :)
25 Zulhijjah 1432H / 22 November 2011M
Gombak.
Sunday, May 29, 2011
Majlis Bacaan Kitab Shohih Imam al Bukhari رضي الله تعالى عنه bersama 'ulama
Butiran lanjut majlis;
1) Majlis pembukaan: Ahad, 29 MEI 2011, Asar (Untuk Majlis Pembukaan bertempat di Masjid Darul Ihsan,Taman TAR, Ampang)
2) Setiap hari (29 MEI - 26 JUN 2011)
Masa: 10.00 Pagi - 01.00 Tengahari 08.00 Malam - 10.00 Malam.
3) Majlis Khatam Shohih Imam al Bukhari رضي الله تعالى عنه
26 JUN 2011
Majlis bertempat di Darul Maliki;
No. 4 Jalan 5/3, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang Selangor
InshaAllah sebarang perubahan akan dimaklumkan di sini.
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.dan..
Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad 'Awadh al-Manqoush حفظه الله تعالى عنه

Wallahu a'lam.
Wednesday, March 16, 2011
KUCHING BERSELAWAT
Sholawat dan salam Allah moga sentiasa dan selamanya ke atas pembawa rahmat ke seluruh alam, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , para Sahabat رضي الله تعالى عنهم أجمعين dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga Hari Kiamat.
Berita gembira kepada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم khususnya yang berada di Kuching, Sarawak. InshaAllah, pada 18 Mac 2011 bersamaan 13 Rabi' al Thani 1432H akan diadakan majlis "KUCHING BERSELAWAT" yang merupakan salah satu majlis yang menghimpunkan bacaan zikir, sholawat dan salam ke atas Sayyiduna Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم , mendengar pembacaan sirah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم serta mendengar nasihat dan peringatan daripada para ulama' yang turut hadir.
Al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki al Azhari berasal dari Kampung Chenong Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Merupakan ulama' yang disegani samaada di dalam mahupun luar negara, lulusan Universiti al Azhar, Mesir dalam bidang Syariah, serta menuntut ilmu secara talaqi bersanad dengan para ulama' di Makkah, Madinah, Mesir, Syria dan lain-lain negara Islam. Tuan Syaikh merupakan Pengerusi Aqidah, Ahli Majlis Agama Islam serta Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Tuan Syaikh juga merupakan pengasas serta penasihat Yayasan al Sofa, Negeri Sembilan.
Tambahan pula, ulama' kelahiran Kampung Senari, Kuching iaitu al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll al Sanariyy juga sudi hadir ke majlis ini. al Fadhil Ustaz merupakan Pensyarah di Kulliyyah Ilmu Wahyu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Petaling Jaya. al Fadhil Ustaz sedang menyiapkan tesis Phd beliau dalam bidang Tafsir di Universiti Malaya.
Kepada muslimin dan muslimat khususnya yang berada di Kuching dan yang berdekatan dengannya, marilah kita sama-sama mengambil peluang keemasan ini untuk hadir ke majlis yang penuh barokah ini dan menzahirkan kecintaan kita kepada semulia-mulia kekasih صلى الله عليه وآله وسلم serta berhimpun bersama para ulama' yang mereka itu adalah pewaris para Nabi عليهم الصلاة والسلام .
Allah سبحانه وتعالى berfirman dalam Surah Yunus ayat 58;
Rahmat apakah yang paling besar ke atas manusia dan alam keseluruhannya, jika tidak rahmat kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ? Sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah al Anbiya' ayat 107;
Shollu 'ala Khairil anam!
11 Robi' al Thani 1432H/16 Mac 2011M
Gombak.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
Rakaman khutbah Juma'at oleh al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله
Bingkisan dari tulisan al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll al Sanariyy dari kitab beliau Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama', Inilah jawapannya.
Saturday, February 26, 2011
Jemput singgah..
Segala Puji Bagi Allah Ta'ala Tuhan Semesta Alam.
Sholawat dan salam ke atas Penghulu Dua Alam صلى الله عليه وآله وسلم juga kepada para Sahabat رضي الله تعالى عنهم أجمعين dan orang-orang yang mengikuti mereka.
Alhamdulillah. Saya sekadar nak nyampei berita, ada majlis ilmu, majlis sholawat akan diadakan di Kuching khususnya, bermula haritok, bersama al-Fadhil al-Ustaz Muhadir bin Haji Joll al-Sanariyy, al-Fadhil Ustaz berasal dari Kampung Senari, pensyarah di Pusat Asasi Uiam Pj, juga seorang penulis, boleh rujuk biodata ringkas kat hujung skali InshaAllah.
Jadi, nak ngajak muslimin dan muslimat khususnya yang berada di Kuching dan sekitarnya, moga diberik kesempatan untuk hadir ke majlis tok, InshaAllah, moga bermanfaat bagi nok hadir dan kongsi-kongsikanlah ilmu kepada yang sik dapat hadir.

Jemput rami-rami, ke Majlis Ilmu, Mawlid bersama al-Fadhil al-Ustaz Muhadir bin Haji Joll al-Sanariyy.
TARIKH/ HARI SUBUH MAGHRIB
26 FEB 2011/ SABTU
MAGHRIB
Masjid At-Taqwa, Gita'
“Rasulullah SAW: Uswatun Hasanah Sepanjang Zaman”
27 FEB 2011/ AHAD
SUBUH
“Mencintai Rasulullah SAW”
MAGHRIB
“Wasiat Nabi SAW mengamalkan 4 kalimah”
28 FEB 2011/ ISNIN
SUBUH
Kampung Senari
- Bacaan dan Syarahan Hadith-Hadith terpilih dalam Hadith 40 karangan Imam Nawawi
MAGHRIB
Kampung Senari
“Kepatuhan makhluk kepada Nabi SAW”
- Bacaan Maulid ad-Diba’i
- Ijazah Ratibul Haddad
1 MAC 2011/ SELASA
SUBUH
Kampung Senari
- Bacaan dan Syarahan Hadith-Hadith terpilih dalam Hadith 40 karangan Imam Nawawi
MAGHRIB
Kampung Senari
“Kepatuhan makhluk kepada Nabi SAW”
- Ijazah Ratibul Haddad
-Muslimin dan Muslimat semua dijemput hadir, khususnya buat yg berada di Kuching, Samarahan, dan lain2..
-Sebar-sebarkan :)
Biodata al-Fadhil al-Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di SRK Senari dan di SMK Agama Matang 2, Kuching. Mendapat ijazah Sarjana Muda (Al-Qur’an & Hadith) dan Sarjana (Tafsir al-Qur’an) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Sedang menyiapkan tesis Phd dalam bidang Tafsir di Universiti Malaya. Sekarang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabanga, Petaling Jaya.
Sumber: http://www.jom-talaqi.com/
Wallahu a'lam.
Wednesday, January 26, 2011
Monday, January 24, 2011
Majlis Talaqi di Uiam Gombak
Segala Puji Bagi Allah Ta'ala, kepunyaan-Nyalah segala yang ada di langit dan bumi, dan apa yang ada di antaranya.
Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya ke atas Khair al Bariyyah (Sebaik-baik
makhluk) Shallallahu 'alaihi wa alihi wa sallam, para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari Kiamat.
Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Ta’ala ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.


Untuk maklumat lanjut, sila layari sini
Semua dijemput hadir!
Wallahu a'lam.
Friday, January 14, 2011
Jom Faham

Friday, October 15, 2010
Alhamdulillah
Alhamdulilah; Segala Puji Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala yang masih memberikan peluang untuk kita melaksanakan amanah sebagai hamba-Nya melalui jalan yang dibawa oleh Nabi-Nya, Penghulu kita Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wa sallam.
Sholawat dan salam sentiasa dan selamanya ke atas Penghulu Sekalian Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarganya, para Sahabat Radiyallahu Ta'ala 'anhum ajma'in dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga Hari Kiamat.
Segala Puji Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana kita diizinkan-Nya untuk bernafas pada hari Juma'at yang penuh dengan kelebihan ini, yang mana ia merupakan Penghulu Segala Hari.
Berkata al Imam Hujjah al Islam al Ghazali Radiyallahu Ta'ala 'anhu dalam kitabnya Bidayatul Hidayah, terjemahan oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zam Zam al Banjari al Nadwi al Maliki;
Iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada umat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wasallam.
Saya sekadar ingin berkongsi gambar-gambar yang sempat dirakamkan, sebahagian daripada majlis ilmu, majlis zikir, majlis sholawat dan lain-lain di tanah semenanjung ini. Mungkin boleh dijadikan tatapan buat sahabat-sahabat yang mungkin tidak berkesempatan untuk pergi.
Khabar gembira dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang orang yang berjalan menuntut ilmu.
Tersebutlah di dalam Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah yang dikeluarkan oleh al Fadhil Ustaz Mustafa 'Abdul Rahman dan Ustaz Ibnu Al Rawi, di dalam hadith yang ke sepuluh;

Imam al Bukhari berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang menjalani satu jalan kerana menuntuti dengannya akan pengetahuan, nescaya Allah memudahkan baginya akan jalan kepada syurga.
1) Majlis Zikir, Maulidur Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Haul Akbar Sultanul Awliya', Syaikh Abdul Qodir al Jilani Radiyallahu 'anhu pada 24 Syawal 1431H bersamaan 2 Oktober 2010, jam 7.30 malam bertempat di Surau Miftahul Falihin.
2) Pada keesokannya pula, 30 Oktober 2010, majlis yang sama diadakan bertempat di Masjid al Syakirin Batu 6, Jalan Gombak. Majlis bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
3) Majlis bersama ulama' dan bacaan Mawlid Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam di Masjid al Falah, USJ 9. Bersama Habib Kazim As Saggaf, pendakwah dari Tarim, Hadramaut, Yaman.
4) Majlis bersama Syaikhul hadith dari Nadwatul Ulama India, Syaikh Sayyid Salman al Husaini di Ba'Alawi, Kuala Lumpur pada 09 Oktober 2010.
5) Program Tuan Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, tazkirah oleh Muhaddith Iskandariah, Mesir, Syaikh Sayyid Muhammad bin Ibrahim al Husaini al Kattani, Dar al Maliki pada 9 Zulqaedah / 17 Oktober 2010.
6) Khutbah Juma'at pada 15 Oktober 2010 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Uia Gombak oleh al Da'ie ila Allah, al Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, pengasas dan mudir Dar al Mustofa, Tarim, Hadramaut, Yaman.
Keturunan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dari sebelah Sayyidina HusseinMutiara kata al Da'ie ila Allah, al Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, dinukilkan oleh al Fadhil Ustaz Abu Zahrah dalam blog beliau;
سورة فاطر : 28
Majlis Sambutan Haul Imam al Haddad di Masjid Bukhary, Jalan Hang Tuah, pada 15 Oktober 2010.
~Terima kasih kepada Bg Naim untuk sebahagian gambar-gambar di atas.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah terjemahan Ustaz Mustafa 'Abdul Rahman dan Ustaz Ibnu Rawi terbitan Dewan Pustaka Fajar
Bidayah al Hidayah karangan Al Imam Al Mujaddid Hujjah al Islam Abu Hamid al Ghazali, terjemahan Permulaan Jalan Hidayah oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zam Zam al Banjari al Nadwi al Maliki
Hidayah al Salikin fi Suluk Maslak al Muttaqin susunan Syaikh 'Abdu Somad al Falimbani, tahkik dan ta'liq Syaikh Ahmad Fahmi Zam Zam al Banjari al Nadwi al Maliki.
Sunday, September 26, 2010
Majlis Haul Imam 'Abdullah al Haddad
Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya ke atas Khair al Bariyyah (Sebaik-baik
makhluk) Shallallahu 'alaihi wa alihi wa sallam, para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari Kiamat.
Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah al Munawwarah
Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.
Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa di dalam majlis-majlis ini.
Sila pantau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan. Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||







.jpg)

