Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Perihal Kekasih..



بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah Ta'ala atas nikmat Iman dan Islam, dan menjadi umat Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

Sholawat dan salam sentiasa dan selamanya ke atas Sayyidil Mursalin صلى الله عليه وسلم ahli keluarganya serta para Sahabat yang mulia lagi berjasa Radiyallahu Ta'ala 'anhum ajma'in.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keenam penulis berada di Kuching Sarawak. Kuching sememangnya mempunyai kelainannya yang tersendiri. Mungkin aman dengan asbab kehadiran orang-orang yang terpilih di sisi Allah Ta'ala.

Bagi penulis, kembali ke Kuching bermakna.. Berpisah dengan kekasih, dan bertemu dengan kekasih.. Moga hati kami sentiasa dekat dengan kekasih-kekasih walaupun berada jauh.

Nak tahu siapa kekasih-kekasih kami tu? Itulah sepertimana yang dinukilkan dalam bait-bait Qasidah;

سلام سلام كمسك الختام
Salam sejahtera seharum kasturi;

عليكم أحيبابنا يا كرام
Ke atas kalian, kekasih-kekasih kami yang mulia..

ومن ذكرهم أنسنا في الظلام
Sesiapa yang sebutan nama mereka menjadi penghibur dalam kegelapan malam;

ونور لنا بين هذا الأنام
Dan cahaya bagi kami di kalangan manusia..

...

فلا تسقموني بطول الجفا
Janganlah kalian menyeksaku dengan menjauhi diriku;

ومنوا بوصل ولو في المنام
Kurniakanlah perhubungan denganku sekali pun di dalam mimpi..


Di kesempatan ini, penulis ingin memohon maaf atas segala salah dan silap, zohir dan batin, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau tidak sedar kepada antum yang mengenali penulis ni.

Mohon dihalalkan segalanya ya, ilmu, makanan dan minuman, dan sebagainya. Mohon juga nasihat, teguran serta tunjuk ajar daripada antum dalam kehidupan. Penulis pasti bukan orang yang sempurna dan sering melakukan kesilapan dan sebagainya.

Ingatan untuk diri sendiri..

Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

-Arif Billah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Radiyallahu 'anhu.




Mohon juga mengaminkan doa di bawah ini (^.^)

Ya Allah, golongkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mendapat pandangan, taufiq dan hidayahMu..

Jadikanlah kami orang-orang yang kenal akan Engkau..

Kurniakanlah kami kesempatan untuk menziarahi kekasih yang dirindui صلى الله عليه وآله وسلم , serta dapat melihatnya di dunia sebelum di akhirat Wahai Yang Maha Agung..

Ya Allah, moga Guru-guru kami yang mengajar akan mengenali Mu dan kekasihMu صلى الله عليه وآله وسلم sentiasa dalam keadaan sihat dan 'afiat, dipanjangkan umur dan dimudahkan urusan mereka untuk terus meneruskan perjuangan RasulMu صلى الله عليه وآله وسلم ..

Jadikanlah kami dalam kalangan umat Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak..

Amin Allahumma amin..


*Tinggal 4 hari lagi sebelum memasuki Robi' al Anwar (^_^)
Sama-sama kita memperbanyakkan sholawat dan salam ke atas semulia-mulia makhluk seluruhnya صلى الله عليه وآله وسلم.



Wallahu a'lam
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين


Kuching,
27 Safar 1433H/21 Januari 2012M.

Wednesday, December 7, 2011

Inginkan rahmat dari Allah?

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, was Sholatu was Salaamu 'ala Sayyidina Rasulillah, wa 'ala alihi wa sohbihi wa man wa lah..


"Adakah anda mahu Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi bersalawat ke atas anda?"


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :


مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْراً


"Sesiapa yang bersalawat ke atasku sekali, nescaya Allah mengucapkan salawat ke atasnya sepuluh kali (melimpahkan rahmat ke atasnya)."


Hadith riwayat Imam Muslim, hadith no. 616.



Rujukan;

Perbendaharaan Yang Mewangi Dari Taman-taman Rasulullah
صلى الله عليه وآله وسلم . Dikeluarkan oleh al Musnid al Muhaqqiq Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki Hafizhahullah.



11 Muharram 1433H / 7 Disember 2011M
Gombak.



Wallahu a'lam.

Thursday, June 23, 2011

Kasih Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم


Untuk videonya boleh ke link ini.

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Lirik diambil dari sini.


Khamis
Rejab 1432H / Jun 2011M
Gombak.
Wallahu a'lam.

Thursday, June 9, 2011

Jalan Kepada Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala atas kurniaan nikmat menjadi daripada kalangan Muslimin dan menjadi umat Sayyid al Mursalin صلى الله عليه وآله وسلم .

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya tercurah ke atas semulia-mulia makhluk صلى الله عليه وآله وسلم , ahli keluarganya serta sahabatnya yang mulia lagi berjasa dan orang-orang yang tetap atas perjalanan mereka.





Sekadar menyampaikan sepotong hadith Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari رضي الله تعالى عنه , disalin daripada terjemahan kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah, cetakan Dewan Pustaka Fajar.

Hadith ke 10 dalam kitab tersebut - Jalan Kepada Syurga.

Keterangan:

Hadith tersebut menerangkan bahawa barangsiapa (di antara lelaki dan perempuan) yang menjalani satu jalan - umpamanya pergi ke masjid, ke madrasah atau seperti berusaha mencari perbelanjan dengan seumpama bertukangan, bertanam, berternak dan sebagainya untuk digunakan kerana - menuntut atau mendapat pengetahuan yang berfaedah di dunia dan di akhirat, makan akan dimudahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala baginya jalan yang memandu dia ke syurga.

Kemudahan jalan baginya masuk ke syurga itu ialah tidak lain daripada pengetahuan-pengetahuan yang diamalkannya yang diberikan pahalanya.

Selanjutnya apa jua pengetahuan yang diharuskan belajar akan diberi pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala (jika) mempelajarinya. Kemudian apabila pengetahuan itu diamalkan akan diberi pahala pula lagi, kerana itu belajarlah, kemudian ber'amallah, tentu akan beroleh pahala dan bahagia.


8 Rejab 1432H/9 Jun 2011M
Gombak.

Wallahu a'lam.


Saturday, May 21, 2011

Faedah

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Hanya Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala Yang Maha Berkuasa untuk mentaufiqkan hamba-hambaNya dalam melakukan keta'atan kepadaNya.

Tanpa taufiq daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka seorang hamba itu tidak akan berupaya untuk menuntut ilmu, mahupun menghadirkan diri dalam majlis ilmu untuk menuntut ilmu.



'Alim Hijjaz Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani رحمه الله


Nilai ilmu, bagi orang-orang yang mengetahui nilainya, adalah lebih bernilai jika hendak dibandingkan dengan permata. Maka, orang-orang yang mengetahui nilai ilmu tersebut akan sanggup untuk bersusah-payah, mengorbankan masa, tenaga malah wang ringgit untuk membayar "mas kahwin" ilmu tersebut, semata-mata untuk mendapatkannya.

Dan tidaklah kefahaman akan sesuatu ilmu itu melainkan dengan Taufiq daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi orang-orang yang dikehendakiNya.


~Faedah daripada kitab Minhaj al 'Abidin ila Jannah Rabb al 'Alamin karangan al 'Arif Billah Hujjah al Islam Imam al Ghazali رضي الله تعالى عنه

Wallahu a'lam.


يا رب بالمصطفى بلغ مقاصدنا
واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم


Wahai Tuhanku! Dengan Keberkatan Nabi Pilihan, Sampaikanlah Maksud Kami
Dan Ampunilah Dosa Kami Yang Telah Lalu, Wahai Tuhan Yang Maha Luas KemurahanNya!

Friday, February 25, 2011

Lebih indah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala Puji dan syukur dirafa'kan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana masih mengurniakan kita untuk hidup hingga ke saat ini.

Sholawat dan salam Allah moga sentiasa dan selamanya ke atas semulia-mulia makhluk صلى الله عليه وآله وسلم para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga Hari Kiamat.

Menukilkan Qosidah "Ya Badratim", Wahai Bulan Purnama (Nabi
صلى الله عليه وآله وسلم ) yang sempurna, yang terdapat di dalam kitab Mukhtasar fi Sirah Al Nabawiyyah (Mukhtasar Sirah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ) oleh Al Imam Al Hafiz Abdur Rahman ibn Al Daiba' Al Syaibani رضي الله عنه (lebih dikenali sebagai Mawlid al-Daiba'), dikeluarkan oleh al-Musnid al-Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.


Mukhtasar fi Sirah Al Nabawiyyah Al-Imam Al-Hafiz Al-Daiba' رضي الله عنه dikeluarkan oleh al-Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki حفظه الله


Alunan kumpulan Qasidah Nabawiyyah al Sofa.



al-Syamail al-Nabi صلى الله عليه وآله وسلم li Al-Imam Al-Hafiz al-Tirmizi رضي الله عنه diterjemahkan oleh al-Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki حفظه الله


Daripada Jabir ibn Samurah رضي الله عنه berkata:

"Aku Melihat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pada suatu malam yang terdapat bulan purnama. Waktu itu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memakai pakaian merah. Aku berganti-ganti memandang antara Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dengan bulan tersebut, ternyata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم lebih indah daripada bulan tersebut."

Hadith diriwayatkan oleh al-Imam al-Hafiz Abu Isa Muhammad ibn Isa ibn Saurah al Tirmizi رضي الله عنه dalam kitab Syamail al-Nabi صلى الله عليه وآله وسلم .







Wallahu a'lam.

Wednesday, February 23, 2011

Tentang Rosulallah صلى الله عليه وآله وسلم

بسم الله الرحمن الرحيم





Katakanlah adakah seseorang yang lebih hebat darinya?
Yang Allah tuhannya membagi padanya rahmat untuk dia bagikan pada semesta?
Yang jutaan malaikat kepadanya tak berhenti bersholawat,
matahari karena doanya tenggelam terlambat, Bulan terbelah dan pepohonan sujud padanya?

Katakanlah adakah yang lebih indah darinya?
Alif hidungnya, nun alisnya, dan mim bibirnya
Jika Yusuf mendapat separoh ketampanan
Maka dia telah diberi ketampanan sempurna.

Adakah yang lebih indah darinya?
Di tangannya ada berkah, di hatinya ada cinta
Di matanya ada telaga
Di dalamnya kita bisa berenang dalam sejuk kasihnya.

Katakanlah siapa yang lebih baik darinya?
Kasihnya dirasa hingga bahkan oleh si kafir yang durhaka
Dermawannya tak pernah takut kefakiran mendera
Tawadhu, sabar,syukur, ikhlas, dan selalu berlapang dada
Senyuman dari bibirnya tak pernah sirna

Katakanlah adakah selainnya yang sempurna?
Dia mengingat Allah di setiap waktunya
Memberi syafaat hingga selamat umatnya dari siksa neraka
Berkorban bahkan dengan darah dan air mata

Wahai..
Yang kami inginkan darimu
Adalah bisa bersama denganmu
Ya Rosulallah..





Sumber: Blog al-Fadhilah al-Ustazah Halimah Alaydrus.

Sunday, February 6, 2011

Kurniaan berharga

بسم الله الرمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah سبحانه وتعالى yang telah memberikan kita nikmat yang sangat berharga, iaitu digolongkan-Nya kita menjadi umat Imam dunia wal akhirah, menjadi umat makhluk ciptaan Allah سبحانه وتعالى yang paling mulia, dialah Nabi kita Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang diharapkan syafaatnya pada hari Kiamat kelak.

Selawat dan salam Allah سبحانه وتعالى moga sentiasa dan selamanya ke atasmu ya Rasulallah pada setiap kerlipan mata dan hembusan nafas sebanyak luasnya ilmu Allah. Juga ke atas ahli keluarganya dan para Sahabat رضي الله تعالى عنهم yang mulia lagi berjasa.

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk bernafas pada bulan Robi'ul awwal yang mulia ini, yang mana bulan ini menjadi mulia disebabkan dengan lahirnya Nabi kita صلى الله عليه وآله وسلم yang mempunyai akhlak yang mulia.


Moga kita di kurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى akan kecintaan terhadap Nabi kita صلى الله عليه وآله وسلم , ahli keluarganya, para Sahabatnya dan orang-orang yang mencintai mereka, membesarkan kedudukan mereka dan mengamalkan sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم .

Sekadar mengingatkan diri saya dan yang membaca, mencintai Ahli Bait Rosulillah صلى الله عليه وآله وسلم adalah salah satu pegangan Ahli Sunnah wal Jama'ah dan bukanlah resapan daripada ajaran syi'ah rafidhah. Yakinlah, perkara ini merupakan salah satu pegangan dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jama'ah. Kaum Syi'ah Rafidhah menggunakan Ahli Bait untuk kepentingan peribadi demi mendapat nikmat dunia yang kononnya bersimpati dengan Sayyiduna Ali رضي الله تعالى عنه . Berbeza dengan Ahli Sunnah wal Jama'ah, yang menuntut pengikutnya mengasihi Ahli Bait kerana kecintaan terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Demikian pesanan Guru kami.

Sebagaimana dinyatakan di dalam Hadith Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia, yang dinukilkan oleh al Syeikh al Imam al Hafiz Syeikh al Islam Jalal al Din al Suyuti al Syafi'i رضي الله تعالى عنه dalam kitabnya احيآء الميّت بفضآئل آل البيت , yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, 60 Hadith Kelebihan Aali Bait.






Hadith Pertama:

Dikeluarkan oleh Sa'id ibn Mansur di dalam Sunannya: Daripada Sa'id ibn Jubair رضي الله تعالى عنه mengenai firman Allah سبحانه وتعالى :

قل لّا أسئلكم عليه أجراً الّا المودّة في القربى *

قال: قربى رسرل الله صلى الله عليه وآله وسلم

"Katakanlah (wahai Muhammad), aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan, melainkan rasa kasih sayang ke atas al Qurba."

Berkata Sa'id ibn Jubair رضي الله تعالى عنه : "Al Qurba yang dimaksudkan di dalam ayat ialah ahli keluarga Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم " *

* Al Syuura: 23 * Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Manaqib, Imam al Tirmizi di dalam kitab Tafsir dan Imam Ahmad di dalam Musnad. Lihat Istijlab jld 2 H:314 hadith no. 32.


Menukilkan kata-kata Imam 'Ali Zainal 'Abidin di mana beliau menyatakan; alamat/tanda seseorang itu adalah daripada Ahli Sunnah wal Jama'ah ialah memperbanyakkan salawat ke atas Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Sepertimana dinyatakan dalam hadith Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tentang kelebihan salawat.

Daripada Abdullah ibn Mas'ud
رضي الله تعالى عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

انّ أولى النّاس بي يوم القيامة أكثرهم عليّ صلاة

"Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisiku pada hari Kiamat ialah yang paling banyak mengucapkan salawat ke atasku."*


*Diriwayatkan oleh Imam al Tirmizi رضي الله تعالى عنه dan beliau telah menghukumkannya sebagai hasan.


Sekadar ingatan buat diri saya yang lupa, syukran kepada yang membaca dan mohon didoakan supaya saya sentiasa istiqamah dalam melakukan keta'atan kepada Allah سبحانه وتعالى dan meninggalkan maksiat kepada-Nya.

Wallahu a'lam.

3 Robi'ul awwal 1432 H / 6 Februari 2011 M
Gombak.


Rujukan:

60 Hadith Kelebihan Aali Bait terjemahan al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Sofa Production, cetakan ketiga Ramadhan 1431 H/Ogos 2010 M.

Fadhilat Salawat, terjemahan kitab al Nafhah al Ilahiyyah fi al Solah 'ala Khair al Bariyyah karangan Syaikh Abu al fadhl Abdullah ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari al Hasani رضي الله تعالى عنه , dikeluarkan oleh Al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, cetakan pertama, terbitan Sofa Production.

Sunday, January 30, 2011

Dari Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Selawat dan salam sentiasa selamanya ke atas Junjungan mulia, Penghulu kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم , ahli keluarganya dan para Sahabatnya yang mulia lagi berjasa.


Sama-sama kita memperbanyakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya kenalan-kenalan yang berada di bumi anbiya', Mesir, sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera.



Antara kenalan-kenalan yang berada di Mesir.


Ya Allah, selamatkanlah Guru-guru kami, adik-adik kami, sahabat-sahabat kami, kenalan-kenalan kami dan semua umat Islam yang berada di bumi anbiya' Mesir. Moga mereka sentiasa dalam kesejahteraan dan keselamatan dan sentiasa di bawah jagaan-Mu, selamat pergi dan kembali, dengan kemuliaan Sayyid al Mursalin (Penghulu Segala Rasul). Allahumma amin.


Sama-sama kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah تعالى , melakukan solat hajat, membaca hizib-hizib, wirid-wirid dan sebagainya moga mereka sentiasa dilindungi.

Boleh dapatkan berita terkini pelajar-pelajar yang berada di Mesir di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Wallahu a'lam.

Thursday, January 27, 2011

Memilih Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana masih mengurniakan kita untuk hidup sehingga ke saat ini.

Selawat dan salam moga sentiasa dan selamanya ke atas kekasih Allah Subhanahu wa Ta'ala, Sayyid al Anam (Penghulu sekalian alam), junjungan besar Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم , ahli keluarganya yang mulia, para Sahabat yang berjasa dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari Kiamat.

Beberapa hari lepas, saya terbaca blog sahabat saya yang bertajuk Memilih cinta yang susah. Terimak kaseh ridwan, mun sik maca blog kitak, sik kamek maca artikel ya kali :)

Artikel tersebut bertajuk
Memilih cinta yang susah, tulisan Ustaz Hasrizal, boleh baca terus di sini atau baca di bawah ini. Bagi saya, tulisan yang menarik dan bermanfaat, jom baca dan amalkannya, InshaAllah.

Mungkin tiada kaitan dengan tajuk, sekadar perkongsian. Teringat sewaktu dalam kelas Islam and Psychology tadi, dalam bab Learning From An Islamic Perspective, betapa pentingnya dalam memilih contoh ikutan (observational learning) dalam kehidupan kita, maka, tidak lain tidak bukan, contoh ikutan umat Islam ialah Sayyiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم .

Sebagaimana Firman Allah Subahanahu wa Ta'ala dalam Surah al Ahzab Ayat 21 yang kira-kira bermaksud;

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".

Robi'ul Awwal menjelang tiba,
Bulan kelahiran Rasul mulia,
Lahirnya membawa rahmat ke seluruh dunia,
Syafaatnya yang diharap di akhirat sana.

اللهم صل و سلم و بارك عليه و على آله

Wallahu a'lam.



Memilih Cinta Yang Susah


Bersama moderator dan AJK program. Tahniah semua!

“Mengasingkan diri, atau bercampur gaul tanpa batasan, kedua-duanya adalah ekstrim. Islam adalah cara hidup yang seimbang. Ia menyuruh kita bergaul seluas mungkin, dan pergaulan itu pula ada garis panduannya” saya menjawab soalan pertama yang diajukan oleh moderator.

Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya menganjurkan Forum Dari Mata Turun ke Hati sempena kempen Biah Solehah di kampus PJ tersebut.

“Antara input, proses dan output, apakah status pergaulan?” saya melontarkan soalan kepada peserta.

Kerusi di Dewan al-Malik Faisal mula berisi. Seperti biasa, di sayap sisters kerusi tambahan sudah mula disusun, manakala kerusi brothers sudah separuh penuh. Lebih positif daripada menyebut masih separuhnya kosong.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah 9: 71]

Lelaki dan perempuan, bukan sebarang lelaki dan perempuan.

Mereka adalah lelaki dan perempuan yang beriman.

IMAN itu adalah asas pergaulan dan interaksi kita.

Mereka saling bantu membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar, menegakkan Solat dan melunaskan Zakat, serta seluruh agenda yang berada di dalam lingkungan mentaati Allah dan Rasul.

BERBALAH TENTANG PROSES

Apa yang sering menjadi bahan ‘perbalahan’ sesama anak muda ialah tentang perincian pergaulan sebagai PROSES.

Akan tetapi, jika titik mulanya adalah soal Aqidah, soal Iman seorang hamba kepada Allah, dan matlamat daripada pergaulan itu adalah untuk menegakkan perintah serta meninggalkan larangan Allah, bisakah tatacara pergaulan menyimpang daripada niat dan matlamat?

“Syaitan menyesatkan anak Adam berdasarkan dia itu belajar di universiti mana!” saya sengaja menyebut demikian.

Bagi brothers and sisters di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sesuai dengan tema Islam itu sendiri, tindakan syaitan akan lebih licik. Maksiat akan lebih berpotensi dijamah andaikata ia dikosmetikkan dengan warna-warna Islam.

“Cinta fillaah!”

“Benda ini maslahah ‘ammah. Kepentingan orang ramai”

“Islam mesti dilihat progresif dan memimpin modernisasi”

“Ahh, yang di’sms’ itu bukan lirik lagu Anuar Zain. Ia hadith of the day. Bukankah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah berpesan, ballighu ‘anni walau aayah!”

Berhati-hati. Syaitan itu jauh lebih sabar daripada dirimu. Ia tidak tergesa-gesa pada mengheret anak Adam tersimpang daripada jalan kebenaran. Tadarruj!

Justeru itu, ambillah secara serius usaha untuk mengenal tatasusila pergaulan seperti yang diajarkan oleh Syariat Islam. Berpersatuan, berbincang tentang pelajaran, berurus niaga, bekerjasama dalam apa sahaja bentuk aktiviti, semuanya diharuskan malah digalakkan oleh Islam. Jika ada saranan yang mahu lelaki dan perempuan itu hidup berasingan dan menghindari kerjasama, ia bukan Islam. Ia pseudo-agama. Akan tetapi, jika ada saranan yang mahu lelaki dan perempuan itu bergaul lagi bekerjasama, tanpa mengira apa motifnya, bagaimanakah tatacaranya, dan tanpa tujuan yang jelas, ia juga bukan Islam. Ia adalah seruan Ibahiyyah yang mahu meleraikan panduan Syariat daripada kehidupan.

“Sebab itu murabbi saya dahulu, ‘mewajibkan’ kami menghadam buku Tafsir Surah an-Nur oleh al-Maududi. Di samping belajar elok-elok Surah Akhlaq, Surah al-Hujuraat” saya menambah.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan itu adalah untuk saling mengambil manfaat daripada keunikan masing-masing. Buah fikiran, tumpuan, kemahiran dan kecenderungan antara lelaki dan perempuan itu, banyak perbezaannya. Kerjasama antara kedua-dua belah pihak, berperanan melengkapkan kerja. Namun pergaulan itu tidak boleh terlepas daripada tujuan asalnya iaitu IMAN, serta proses yang betul, dan tujuan akhirnya adalah untuk melaksanakan ibadah serta meraih keredhaan Allah.

Jika kerja, pergaulan hendaklah dalam ruang lingkup menyempurnakan kerja.

Jika belajar, pergaulan hendaklah dalam ruang lingkup menyampaikan maksud belajar.

Selebihnya?

Lagha. Purposeless. Ruang-ruang tanpa motif inilah tempat terbaik nafsu dan syaitan menyerang luar dan dalam untuk mengkucar kacirkan pergaulan silang jantina. Salah satu potensi pergaulan yang kucar kacir ini adalah ZINA.

Lazimnya, kebanyakan maksiat adalah kombinasi antara pain and pleasure antara mangsa dan pemangsa. Jika berlaku kecurian, mangsa berasa sakit, pemangsa pula beroleh keseronokan. Namun berbeza dengan ZINA. Ia adalah maksiat yang sedap. Sama ada pelaku atau yang diperlakukan, kedua-duanya mendapat keseronokan. Itulah hikmah mengapa Allah bukan sekadar mengharamkan ZINA, malah memerintahkan kita agar MENJAUHINYA.

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia” [al-Israa' 17: 32]

Allah tahu, zina itu sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar menolaknya, terlalu sukar. Justeru sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah zina yang mesti dihindari.

TATACARA PERGAULAN DAN LARANGAN MUQADDIMAH ZINA


Jika soalan timbul pada meminta perincian terhadap tatacara pergaulan silang jantina di dalam Islam, temuilah ia di dalam perintah-perintah berikut:

1. MENUNDUKKAN PANDANGAN

Tingkap itu yang mesti dipelihara. Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Perkara yang merangsang libido dan mengundang diri kepada zina. Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.” [al-Nur 24: 30]

Wanita-wanita yang beriman itu juga diberikan saranan yang sama. Di dalam ayat yang menyusul perintah di atas, Allah memerintahkan kaum wanita seperti kaum lelaki, sama-sama memelihara pandangan daripada melihat apa yang tidak diharuskan baginya melihat.

“Alahai, takkanlah baru tengok sudah mahu berzina!” seorang manusia mahu berbijak-bijak berhujah dengan Tuhan.

Dia lupa, fitnah penglihatan dan zina bukan urusan rasional. Ia urusan nafsu dan kemaluan. Urusan hati yang membuat pertimbangan. Justeru itu Allah berpesan, “yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Muqaddimah zina ini bukan hanya urusan di peringkat individu. Ia bertujuan membentuk suasana yang sihat. Saling bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang tidak mengundang zina.

2. MEMELIHARA AURAT

Menundukkan pandangan daripada perkara haram menjadi lebih mudah apabila perkara haram itu tercegah dalam daerah halalnya. Anggota tubuh yang perlu diberi perlindungan, adalah cara seseorang memuliakan dirinya sendiri dan menghormati orang lain yang bermata lagi berhati, juga bernafsu.

Peliharalah aurat.

Wanita.

Lelaki.

Sama sahaja.

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]

Perintahnya bukan perintah menutup rambut.

Perintahnya adalah perintah memelihara aurat.

3. TIDAK BERTABARRUJ JAHILIAH

Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita membentuk diri. Biar dengan menutup aurat itu kita belajar menganut sifat malu, belajar mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan batasan-batasan itu.

“Dan hendaklah kamu melazimkan diri berada di rumah kamu serta janganlah kamu mendedah, menghias dan menonjolkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu” [Al-Ahzaab 33: 33]

“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.

Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]

Bertudung. Tetapi masih mahu menarik perhatian orang memandang dan membelek.

Justeru hilanglah hikmah memelihara aurat.

Biar pun rambut ditutup, dia masih kaya dengan elemen Jazb al-Intibah (menarik perhatian dan pandangan orang).

4. BERURUSAN DENGAN BATASAN

Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus.

Namun keharusan itu harus dipandu oleh batasan.

Silang jantina perlu mengenal keperluan dan tujuan, jangan hanya berpandukan kemahuan.

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Bermesyuaratlah, tetapi biar seadanya.

“Hai, takkanlah sembang-sembang sudah terangsang?” hujah seorang bijak pandai di syarikat Multinasional.

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” jawab Allah.

Dia yang memiliki hati. Dia tahu sifat baik dan buruk hatimu. Justeru nasihat-Nya tentang hati itulah nasihat terbaik untuk manusia yang mahu berhati-hati.

Lihatlah di pejabat, siapa di meja sebelah, siapa di kubikel depan, keluar makan tengah hari dengan siapa, dari Stesyen LRT ke pejabat tumpang kereta siapa, pergi ke site atau bertemu pelanggan naik kereta siapa, semua itulah yang perlu dipertimbangkan kembali, kerana melakukannya tanpa batasan adalah MUQADDIMAH ZINA.

5. TIDAK MELUNAKKAN SUARA

Dengar suara, mahu orangnya.

Itu akibat manusia-manusia yang hatinya berpenyakit.

Sakitnya pula letak di hati yang tidak kelihatan. Justeru jangan cari penyakit. Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa, jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada.

“Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak. Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf” [al-Ahzaab 33: 32]

DEKAT DENGAN REALITI

“Melunakkan suara, jangan sampai jadi sarjan! Menundukkan pandangan, jangan sampai terlanggar dinding” saya menambah.

Kata kuncinya ialah, lebih dekat kehidupan kita sekarang dengan realiti di luar sana, maka kuranglah kebarangkalian untuk seseorang itu terkena kejutan budaya. Semasa duduk dalam realiti alternatif yang dibentuk di bangku pengajian, kita boleh memilih tahap komitmen masing-masing. Mahu mentakrifkan hijab [al-Ahzaab 33: 53] sebagai tabir yang memisahkan, atau mewujudkan jarak pemisah antara lelaki dan perempuan yang berdiskusi atau bermesyuarat, terpulang. Selagi ada batasan, selagi itu maksud di sebalik ayat berkenaan diambil.

Namun jika kita memilih untuk melaksanakan tabir, jadikan tabir itu sebagai alat pemudah, dan tempat kita bergantung pada mengawal ikhtilat. Realiti kehidupan akan mengheret kita kepada sebuah budaya seharian tanpa tabir, maka mudah-mudahannya jangan kita yang biasa bertabir itu terkena kejutan budaya.

Dalam menelusi bentuk-bentuk ekspresi semangat Islam, saya melihat kesederhanaan sebagai sesuatu yang lebih konsisten.

HUKUM CINTA SEBELUM KAHWIN

“Tetapi, saya mahu jawapan kepada soalan yang panelis kedua tadi selitkan iaitu apakah hukum bercinta sebelum kahwin?” tanya salah seorang peserta.

“Jika mahu bercinta sebelum kahwin, boleh. Bercintalah. Seperti kata mak ayah kita masa kecil dahulu, kan? Nak panjat pokok, panjatlah!” saya menjawab.

“Apa hukumnya” adalah template biasa yang diguna pakai di dalam masyarakat kita untuk meminta penjelasan. Biar pun dalam sesetengah keadaan, persoalannya bukan semata-mata hukum.

“Bercinta sebelum berkahwin ini, boleh. Dengan syarat, jangan tanpa apa pandangan Islam. Ia adalah CINTA YANG SUSAH. Saya menyebutnya begitu kerana saya sendiri tidak tahu pasangan kekasih yang mana daripada kalangan sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang ingin saya ambil sebagai contoh. Cinta di luar perkahwinan adalah seperti membela haiwan liar di luar kandang. Ia adalah cinta yang susah. Masakan tidak… ia adalah cinta yang tiada panduan al-Quran, tiada panduan al-Sunnah. Apa yang ada hanyalah kebijaksanaan akal masing-masing untuk memanipulasi mana-mana nas al-Quran dan al-Sunnah, sebagaimana lagu “For The Rest Of My Life” dendangan Maher Zain, yang asalnya ditujukan oleh seorang suami kepada seorang isteri, diselewengkan sebagai hadiah Valentine seorang buayafriend kepada gelifriend” saya menambah lagi.

“Dan bagi mahasiswa lelaki yang masih berdegil untuk tidak mahu memenuhi kerusi hadapan, tidak seperti mahasiswi, jangan satu hari nanti rumahtangga anda digugat oleh sebuah Jabatan Isteri Pertama oleh isteri yang lebih memimpin” saya mengusik peserta lelaki dek dewan yang semakin sesak di bahagian belakang.

Mereka kebingungan.

Saya ketawa sendiri.

Perjalanan mereka masih panjang.

Sepanjang forum yang masih ada sejam berbaki.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Monday, January 10, 2011

The Chosen One صلى الله عليه وآله وسلم

Segala Puji Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala,

Selawat dan salam ke atas Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wa sohbihi wa sallam.


The Chosen One

In a time of darkness and greed

It is your light that we need
You came to teach us how to live

محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


From luxury you turned away

And all night you would pray

Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah Chosen One

محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life

as you taught me


I pray to be close to you

On that day and see you smile

When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


صلّوا على رسول الله

Oh Peace be upon.. Oh The Chosen One


Lirik di ambil dari sini.

Untuk videonya boleh ke sini. :)


Capal yang dinisbahkan kepada Penghulu kita, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم



صلّوا على رسول الله


Wallahu a'lam.

Sunday, January 2, 2011

Nasihat Buat Adik

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala Puji Bagi Allah تعالى yang telah mengurniakan nikmat yang besar kepada kita iaitu dengan kita digolongkan-Nya menjadi umat kepada Penghulu Segala Rasul, junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم .

Selawat dan salam moga sentiasa dan selamanya ke atas kekasih Allah تعلى , contoh ikutan yang agung, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , ahli keluarganya, para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga Hari Kiamat.


Mengimbau kembali ketika zaman persekolahan dahulu, tarikh 3 Januari kebiasaannya adalah hari pertama persekolahan pada setiap tahun. Persediaan untuk ke sekolah pasti sudah dibuat mungkin beberapa bulan sebelumnya hinggalah ke malam sebelum keesokkan harinya.

Selain mempersiapkan diri dengan persiapan dari sudut luaran, maka jom kita usahakan pula dengan persiapan dari sudut dalaman. Sebagai contoh adalah dengan memperbaharui niat kita ke sekolah untuk menuntut ilmu; untuk membebaskan diri kita daripada kejahilan dan ilmu itu hendaklah yang memberi manfaat kepada kita.

Dalam mengejar ilmu pengetahuan, usah pula ditinggalkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Adab berinteraksi dengan guru, dengan kawan-kawan haruslah sentiasa dijaga, mungkin dari situ datangnya keberkatan ilmu itu.




Uia : 10/01/10

Perjuangan dalam kita menuntut ilmu pula, bukan hanya terhenti di bangku sekolah, malah sepertimana yang disebutkan oleh Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , menuntut ilmu itu sejak dari buaian hingga ke liang lahad.


Selain menuntut ilmu untuk lulus dan berjaya dalam peperiksaan, carilah jalan dalam menuntut ilmu untuk mengenal Pencipta ilmu itu, iaitu Allah تعلى . Itulah matlamat kita diciptakannya di muka bumi ini. Juga carilah jalan yang akan menyampaikan kita untuk mengenal akan manusia agung yang menyampaikan ilmu itu kepada kita, iaitu Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم .

Moga Allah تعلى memberikan kita taufiq dan hidayah-Nya untuk kita berjaya dalam mengejar dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat untuk kita bukan sahaja di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.


Moga sentiasa dalam jagaan Allah


Pesanan khusus buat diri sendiri, sahabat-sahabat dan adik-adik sekalian.


Untuk adik-adikku :) ...



Wahai adikku sayang

Dengarkanlah lagu ini

Yang sedang abang dendangkan

Moga menjadi nasihat untukmu

Di dalam kau meniti
Kehidupan ini

Yang penuh
Dengan pancaroba

Wahai adikku sayang

Patuhlah pada ibu ayahmu

Hormatilah gurumu

Janganlah melukai hati mereka


Kerana restu mereka

Penentu kejayaanmu

Di waktu kau mengejar
Cita-citamu

Bersopan-santunlah berbudi bahasalah

Kepada semua

Jujur dan amanah jangan berdusta

Apa saja dilakukan

Berhati-hatilah jika memilih

Siapa sahabatmu


Jagalah pergaulanmu

Jagalah maruah dirimu

Agar kau selamat
Dari godaan dunia

Belajar bersungguh sepenuh hati

Agar kejayaan milikmu

Tabahkan hatimu menghadapi

Semua cabaran


Bersifat pemurah tolong-menolong

Pada yang memerlukan

Jangan sesekali melupakan perintah-Nya

Agar kau selamat dunia akhirat


Diambil dari sini.


Wallahu Ta'ala a'lam.

Tuesday, December 28, 2010

Mengenal dan mencintainya

بسم الله الرحمن االرحيم


Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala sebanyak bilangan ciptaan-Nya.

Selawat dan salam sentiasa dan selamanya ke atas penghulu kami, Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad, dan tempatkanlah Baginda صلى الله عليه و سلم di tempat yang dekat di sisi-Mu pada Hari Kiamat.

Saya teringat akan kata-kata al Fadhil Ustaz ketika di Nilai dahulu, katanya (lebih kurang begini maksudnya);

Pada pandangan saya, antara punca keruntuhan akhlak remaja kita pada hari ini adalah disebabkan mereka tidak mengenal Penghulu Segala Rasul صلى الله عليه و آله و سلم , contoh ikutan yang terbaik, Nabi mereka, apatah lagi untuk mengikuti sunnah Baginda صلى الله عليه و آله و سلم.

Seperti yang boleh kita lihat, sesetengah remaja masa kini lebih cenderung untuk mengenal dan meyanjungi artis-artis, pelakon-pelakon, pemain bola sepak, samaada tempatan mahupun luar negara. Juga menyedihkan, remaja-remaja tersebut lebih mengetahui akan biografi dan kisah hidup golongan yang mereka sanjung itu melebihi pengetahuan mereka akan sirah dan perjalanan hidup kekasih Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ustaz menyambung;

InshaALLAH, jika anak-anak di didik dengan mengenal dan cinta akan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan kepada Rasulullah صلى الله عليه و آله و سلم dan menjadikan Baginda صلى الله عليه و آله و سلم sebagai contoh ikutan yang terbaik hidupnya, maka InshaALLAH, akan berakhlaklah anak itu seperti apa yang dia contohi.


Sepertimana Sayyidatina 'Aisyah رضي الله تعالى عنها menyatakan:


كان خلقه القرآن

"Akhlak Baginda صلى الله عليه و آاله و سلم itu adalah al Quran"



Rasulullah صلى الله عليه و آاله و سلم
bersabda:

بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

"Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah al Ahzab ayat 21:



لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليم الأخروذكرالله كثيرا


"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah"


Alhamdulillah, tempoh hari, saya berkesempatan ke kedai buku Fajar Ilmu Baru, di tingkat dua Wisma Yakin (berdepan dengan Masjid India), dan menjumpai buku ini..






Ia adalah terjemahan daripada kitab yang bertajuk, Wasail al Wusul ila Syamail al Rasul صلى الله عليه و سلم karangan seorang ulama' besar yang amat dikenali sehingga digelarkan di atas keilmuannya sebagai al 'alim al 'Allamah al Muhaddith Syaikh Yusof ibn Ismail al Nabhani رضي الله تعالى عنه .

Diterjemahkan oleh al Fadhil Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, terbitan Mawleed Publishing Sdn Bhd dan diertikan dengan Jalan Penyampai Kepada Mengenali Kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه و آله و سلم .


Muqaddimah penterjemah kitab;


...Kitab ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar mendekati dan sekurang-kurangnya mengenali Baginda صلى الله عليه و آله و سلم . Di samping mewujudkan rasa keagungannya, mengasihi dan menjejaki sunnahnya yang mulia, sehinggalah Rasulullah صلى الله عليه و آله و سلم hidup bersemadi di jiwa ummah.

...Tambahan pula semenjak akhir-akhir ini semakin ramai mereka yang tidak mengenali Rasulullah صلى الله عليه و آله و سلم bahkan ada yang sanggup menghina dan memperlekehkan Nabi صلى الله عليه و آله و سلم .


Kitab ini juga adalah antara kitab-kitab hebat karangan para ulama' sebagai tanda kecintaan diri mereka kepada Rasulullah صلى الله عليه و آاله و سلم. Antara kitab karangan para ulama' seperti al Syama'il al Muhammadiyyah (boleh didapati dalam terjemahan) oleh al Imam Al Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Saurah al Tarmizi رضي الله تعالى عنه dan lain-lain kitab yang membuktikan kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه و آله و سلم, samaada dari sudut peribadi, zat tubuh dan akhlak Baginda صلى الله عليه و آله و سلم.


Terjemahan Mukhtasar al Syama'il al Muhammadiyyah oleh al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki al Rembawi حفظه الله , Pengerusi Aqidah Kerajaan Negeri Sembilan.



Ia juga membuktikan bahawa Rasulullah
صلى الله عليه و آله و سلم mempunyai ciri-ciri keistimewaan dan kelebihan dari makhluk Allah Subhanahu wa Ta'ala yang lain.


Selain itu juga, kita selaku umat Nabi
صلى الله عليه و آله و سلم dianjurkan agar memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda صلى الله عليه و آله و سلم .


Daripada Abdullah ibn Mas'ud
رضي الله تعالى عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه و آله و سلم bersabda:

ان أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة

"Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisiku pada hari Kiamat ialah yang paling banyak mengucapkan salawat ke atasku."

*Diriwayatkan oleh al Imam al Tirmizi رضي الله تعالى عنه dan beliau menghukumkannya sebagai hasan.



Moga bermanfaat... أنت تعلم كيف حالي

Wallahu a'lam.



Rujukan;


Al Quran al Karim

Salawat Pilihan, cetakan kedua, terbitan Sofa Production, dikumpulkan oleh Al Arif billah Al Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani رضي الله تعالى عنه , dikeluarkan oleh Al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.


Fadhilat Salawat, terjemahan kitab al Nafhah al Ilahiyyah fi al Solah 'ala Khair al Bariyyah karangan Syaikh Abu al fadhl Abdullah ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari al Hasani رضي الله تعالى عنه , dikeluarkan oleh Al Musnid Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, cetakan pertama, terbitan Sofa Production,


Jalan Mengenali Kesempurnaan Rasulullah صلى الله عليه و سلم , terjemahan kitab Wasail al Wusul ila Syamail al Rasul صلى الله عليه و سلم karangan al 'Allamah al Muhaddith Syaikh Yusof ibn Ismail al Nabhani رضي الله تعالى عنه .