Saturday, January 21, 2012

Perihal Kekasih..



بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah Ta'ala atas nikmat Iman dan Islam, dan menjadi umat Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

Sholawat dan salam sentiasa dan selamanya ke atas Sayyidil Mursalin صلى الله عليه وسلم ahli keluarganya serta para Sahabat yang mulia lagi berjasa Radiyallahu Ta'ala 'anhum ajma'in.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari keenam penulis berada di Kuching Sarawak. Kuching sememangnya mempunyai kelainannya yang tersendiri. Mungkin aman dengan asbab kehadiran orang-orang yang terpilih di sisi Allah Ta'ala.

Bagi penulis, kembali ke Kuching bermakna.. Berpisah dengan kekasih, dan bertemu dengan kekasih.. Moga hati kami sentiasa dekat dengan kekasih-kekasih walaupun berada jauh.

Nak tahu siapa kekasih-kekasih kami tu? Itulah sepertimana yang dinukilkan dalam bait-bait Qasidah;

سلام سلام كمسك الختام
Salam sejahtera seharum kasturi;

عليكم أحيبابنا يا كرام
Ke atas kalian, kekasih-kekasih kami yang mulia..

ومن ذكرهم أنسنا في الظلام
Sesiapa yang sebutan nama mereka menjadi penghibur dalam kegelapan malam;

ونور لنا بين هذا الأنام
Dan cahaya bagi kami di kalangan manusia..

...

فلا تسقموني بطول الجفا
Janganlah kalian menyeksaku dengan menjauhi diriku;

ومنوا بوصل ولو في المنام
Kurniakanlah perhubungan denganku sekali pun di dalam mimpi..


Di kesempatan ini, penulis ingin memohon maaf atas segala salah dan silap, zohir dan batin, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau tidak sedar kepada antum yang mengenali penulis ni.

Mohon dihalalkan segalanya ya, ilmu, makanan dan minuman, dan sebagainya. Mohon juga nasihat, teguran serta tunjuk ajar daripada antum dalam kehidupan. Penulis pasti bukan orang yang sempurna dan sering melakukan kesilapan dan sebagainya.

Ingatan untuk diri sendiri..

Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

-Arif Billah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Radiyallahu 'anhu.




Mohon juga mengaminkan doa di bawah ini (^.^)

Ya Allah, golongkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mendapat pandangan, taufiq dan hidayahMu..

Jadikanlah kami orang-orang yang kenal akan Engkau..

Kurniakanlah kami kesempatan untuk menziarahi kekasih yang dirindui صلى الله عليه وآله وسلم , serta dapat melihatnya di dunia sebelum di akhirat Wahai Yang Maha Agung..

Ya Allah, moga Guru-guru kami yang mengajar akan mengenali Mu dan kekasihMu صلى الله عليه وآله وسلم sentiasa dalam keadaan sihat dan 'afiat, dipanjangkan umur dan dimudahkan urusan mereka untuk terus meneruskan perjuangan RasulMu صلى الله عليه وآله وسلم ..

Jadikanlah kami dalam kalangan umat Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak..

Amin Allahumma amin..


*Tinggal 4 hari lagi sebelum memasuki Robi' al Anwar (^_^)
Sama-sama kita memperbanyakkan sholawat dan salam ke atas semulia-mulia makhluk seluruhnya صلى الله عليه وآله وسلم.



Wallahu a'lam
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين


Kuching,
27 Safar 1433H/21 Januari 2012M.

No comments:

Post a Comment