Sunday, March 14, 2010

Jum Pegi!

Segala puji bagi Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui akan hamba-hamba-NYA.


Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya di limpahkan kepada junjungan mulia, Rosulillahi Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari kiamat.


Abu Hurairah Radiyallahu Ta’ala ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.

(Riwayat Muslim)


Oleh itu, apa lagi yang kita tunggu, marilah berusaha untuk ke majlis-majlis ilmu. Berita baik kepada penuntut-penuntut ilmu yang berada di sekitar Kuching. Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll As Sarawakiy, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan di jemput untuk menyampaikan ceramah.


Kuliah Maghrib

Hari Ahad (14 Mac 2010)(Haritok)

Masa: Selepas Maghrib

Tempat: Masjid at Taqwa (Gita), Kampung Pinang Jawa



Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll (menggunakan rida' berwarna hijau)




Bah, apa lagik?. Juh pegi rami-rami..

Thursday, March 11, 2010

Pembuka Bicara

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Ta'ala. Segala puji dan segala syukur bagi Allah Ta'ala..


Selawat dan salam moga sentiasa dan selamanya di limpahkan kepada junjungan mulia, Sayyidul Anbiya', Atqal Atqiya', seterusnya kepada keluarganya, para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya hingga hari kiamat..

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga penulis mempunyai blog sendiri. InsyaALLAH, semoga dapat digunakan sebagai cara dan wadah untuk meningkatkan diri dan sedikit sebanyak menyumbang kepada orang lain.

Sengaja penulis memilih untuk membuat blog pada bulan yang mulia ini, iaitu bulan Rabi'ul awwal. Bulan lahirnya manusia agung, lahirnya membawa rahmat ke seluruh alam. Bulan lahirnya Sayyidina Rosulillah Shallallhu 'alaihi wa alihi wasallam.



Di kesempatan ini, penulis ingin mengajak penulis serta muslimin dan muslimat supaya kita sentiasa memperbanyakkan sholawat kita kepada Baginda Shallallahu 'alaihi wa alihi wasallam setiap hari, selain zikrullah dan sebagainya.

Marilah kita sentiasa berusaha untuk mengamalkan sunnah Baginda Shallallahu 'alaihi wa alihi wasallam yang mulia walaupun sedikit, dalam kehidupan kita sebagai ummatnya.

Tersebut di dalam Hadith Nabi Shallallahu 'alaihi wa alihi wasallam yang mulia,


Daripada Anas Radiyallahu 'anhu berkata: Sabda Rasulullahi Shallallahu 'alaihi wa alihi wasallam, yang kira-kira bermaksud:

"Tidak beriman seseorang hamba sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, bapanya dan seluruh manusia."


Baginda Shallallhu ‘alaihi wa alihi wasallam juga merupakan seafdhal-afdhal makhluk. Sebuah Hadith daripada Sayyidatina A’isyah Radiyallahu ‘anha: Sabda Rasulullahi Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam, yg kira-kira bermaksud:


Berkata Jibril ‘alaihissalam, “Aku telah memeriksa timur dan barat bumi ini, maka aku belum pernah mendapati seorang lelaki yang lebih mulia daripada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam dan tidak pernah menemui bani yang lebih afdhal daripada Bani Hasyim.”



Maka, amat wajarlah untuk kita khususnya yang telah dipilih oleh Allah Ta’ala untuk menjadi umat Baginda Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam untuk sentiasa bergembira di atas kelahirannya kerana banyak kelebihan dan manfaat yang kita perolehi menjadi umat Baginda Shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam disamping syafaatnya di Hari Akhirat kelak.


Semoga kita menjadi umatnya yang sentiasa memperbanyakkan sholawat ke atasnya dan mengasihinya sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah Ta’ala. Amin.




Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad!



Rujukan

Syeikh Abu Al Fadl Abdullah ibn Muhammad Al Siddiq Al Ghumari Al Hasani, (2009). 40 Hadith Keistimewaan Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam. Sofa Production: Ampang.