Thursday, June 23, 2011

Kasih Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم


Untuk videonya boleh ke link ini.

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Lirik diambil dari sini.


Khamis
Rejab 1432H / Jun 2011M
Gombak.
Wallahu a'lam.

Friday, June 17, 2011

Sebahagian daripada sifat² Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah سبحانه وتعالى atas nikmat menjadikan kami umat kepada semulia-mulia makhluk صلى الله عليه وآله وسلم .

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم , orang yang mempunyai akhlak yang indah dan mulia. Ahli keluarganya dan para Sahabat Radiyallahu Ta'ala 'anhum ajma'in yang mulia lagi berjasa dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka hingga Hari Kiamat.


Sekadar menyampaikan sepotong hadith dari kitab 40 Hadith Kemuliaan Akhlak Nabi
صلى الله عليه وآله وسلم & Syafaat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم karangan Al Qhadi Syeikh Yusof Ibn Ismail al Nabhani رحمه الله yang dikeluarkan oleh Guru kami yang dikasihi, al Musnid al Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله .




Hadith 19

Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم Manusia Yang Paling Banyak tersenyum dan Baik Hati


Daripada Abi Umamah رضي الله تعالى عنه berkata:


"Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم adalah insan yang paling banyak ketawa (tersenyum) dan mempunyai personaliti yang bersih/hati yang paling baik."

~Hadith diriwayatkan oleh Imam al Tabrani رضي الله تعالى عنه


Berkata Sayyid al Muddah Imam al Busiri رضي الله تعالى عنه melalui bait-bait Qasidah al Muhammadiyyah beliau;

مُحَمَّدٌ بَاسِطُ المَعْرُوفِ جَامِعُهُ

مُحَمَّدٌ صَاحِبُ الاِحْسَانِ وَالْكَرَمِ


Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah penyebar kebaikan dan penghimpunnya;
Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم adalah pemilik ihsan dan kemuliaan.


Shollu 'alan Nabiy al Mukhtar!

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ومولنا محمد وعلى آله وصبه وسلم



Rujukan;

40 Hadith Kemuliaan Akhlak Nabi صلى الله عليه وآله وسلم & Syafaat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم karangan Al Qhadi Syeikh Yusof Ibn Ismail al Nabhani رحمه الله , dikeluarkan oleh Guru kami yang dikasihi, al Musnid al Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله
Cetakan Pertama rejab 1431 H / Julai 2010 M

Qasidah Al Burdah & Al Muhammadiyyah Imam Al Busiri رضي الله تعالى عنه dikeluarkan oleh Guru kami yang dikasihi al Musnid al Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله
Cetakan Pertama Jumada al Akhirah 1432 H / Mei 2011 M



Juma'at
16 Rejab 1432H/17 Jun 2011M
Gombak.

Wallahu a'lam.

Thursday, June 9, 2011

Jalan Kepada Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala atas kurniaan nikmat menjadi daripada kalangan Muslimin dan menjadi umat Sayyid al Mursalin صلى الله عليه وآله وسلم .

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya tercurah ke atas semulia-mulia makhluk صلى الله عليه وآله وسلم , ahli keluarganya serta sahabatnya yang mulia lagi berjasa dan orang-orang yang tetap atas perjalanan mereka.





Sekadar menyampaikan sepotong hadith Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari رضي الله تعالى عنه , disalin daripada terjemahan kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah, cetakan Dewan Pustaka Fajar.

Hadith ke 10 dalam kitab tersebut - Jalan Kepada Syurga.

Keterangan:

Hadith tersebut menerangkan bahawa barangsiapa (di antara lelaki dan perempuan) yang menjalani satu jalan - umpamanya pergi ke masjid, ke madrasah atau seperti berusaha mencari perbelanjan dengan seumpama bertukangan, bertanam, berternak dan sebagainya untuk digunakan kerana - menuntut atau mendapat pengetahuan yang berfaedah di dunia dan di akhirat, makan akan dimudahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala baginya jalan yang memandu dia ke syurga.

Kemudahan jalan baginya masuk ke syurga itu ialah tidak lain daripada pengetahuan-pengetahuan yang diamalkannya yang diberikan pahalanya.

Selanjutnya apa jua pengetahuan yang diharuskan belajar akan diberi pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala (jika) mempelajarinya. Kemudian apabila pengetahuan itu diamalkan akan diberi pahala pula lagi, kerana itu belajarlah, kemudian ber'amallah, tentu akan beroleh pahala dan bahagia.


8 Rejab 1432H/9 Jun 2011M
Gombak.

Wallahu a'lam.