Sunday, September 26, 2010

Majlis Haul Imam 'Abdullah al Haddad


Segala Puji Bagi Allah Ta'ala, kepunyaan-Nyalah segala yang ada di langit dan bumi, dan apa yang ada di antaranya.

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya ke atas Khair al Bariyyah (Sebaik-baik
makhluk) Shallallahu 'alaihi wa alihi wa sallam, para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari Kiamat.


Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah.


Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah al Munawwarah





Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz, Mudir Darul Mustofa, Yaman


Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.


Tarikh

Zon Utara (Kumpulan A)

Zon Timur (Kumpulan B)

09 Oktober 2010

Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis


12 Oktober 2010

Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010

Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah

Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

14 Oktober 2010

Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah

Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang


Zon Sentral

15 Oktober 2010

Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

16 Oktober 2010

Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010

Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor


Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)

Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

18 Oktober 2010

Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang

Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

19 Oktober 2010

Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor

Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

20 Oktober 2010

Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor

Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

21 Oktober 2010

Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan

Masjid Layang-Layang, WP Labuan


Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)

Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

22 Oktober 2010

Masjid At Taqwa (Masjid Gita), Kuching, Sarawak

Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010

Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah

Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

24 Oktober 2010

Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah

Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor


Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat.

Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa di dalam majlis-majlis ini.


Sila pantau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.


Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net



Wallahu a'lam.


Thursday, September 16, 2010

Syawal 1431H




Segala Puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Ta'ala, Pencipta Alam Semesta.

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya ke atas Penghulu Kami Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarganya, para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga Hari Kiamat.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala, kita di izinkan-Nya untuk berada pada bulan Syawal ini setelah sebulan melalui bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah dan rahmat. Mungkin ada dalam kalangan kita yang hidup dengan kehidupan yang kurang selesa sebagaimana kita, dan bersyukurlah kerana kita masih mampu untuk beribadah dalam keadaan yang mengizinkan.





Seperti yang dimaklumi, ianya bulan yang diwajibkan bagi kita umat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk berpuasa di dalamnya. Ianya bulan yang di dalamnya terdapat
Lailatul Qadr, yang lebih baik dari seribu bulan, dalam bulan Ramadhan juga berlakunya penurunan Al Qur'an (Nuzul al Qur'an) kepada Penghulu Segala Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam, Ghazwah Badr al Kubra dan lain-lain peristiwa yang penting.

Alhamdulillah, kita diberikan-Nya peluang untuk berada di bulan Ramadhan dan masih diberikan kehidupan sehingga ke saat ini dalam kita masih lagi beriman kepada Allah Ta'ala dan nikmat kita menjadi umat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam. Moga kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Sedikit perkongsian Syawal saya pada kali ini, SmileyCentral.com Alhamdulillah, tahun ni, berkesempatan untuk menziarahi sahabat-sahabat sekelas ketika di sekolah menengah dahulu. Mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang saya tak sempat nak ziarah memandangkan pada 5 Syawal saya sudah kembali ke Tanah Semenanjung (dah beli tiket awal, malas nak nuka, hehe..)

Pada 2 Syawal, saya bersama sahabat-sahabat juga berkesempatan menziarahi al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll di rumahnya di Kampung Senari, Kuching. Kebetulan juga, al Fadhil Ustaz memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kampung Senari pada malam itu. Alhamdulillah, terisi juga diri dengan mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman daripada apa yang disampaikan al Fadhil Ustaz. Antaranya, al Fadhil Ustaz menyenaraikan kelebihan ibadah puasa berbanding ibadah yang lain.


Firman Allah Ta'ala dalam Hadith Qudsi:

"Dia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya demi kerana Aku. Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya, dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kebaikan seumpama dengannya."

(Hadith riwayat Imam al Bukhari)



al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll


Mungkin ada yang belum mengenali Ustaz Muhadir dan suka untuk saya memperkenalkan siapa beliau. Nama penuh Ustaz ialah Ustaz Muhadir bin Haji Joll, berasal dari Kampung Senari, (sebelum nak ngagak ke Bako, Gobil n lain2). Dilahirkan pada 27 Julai 1976 dan antara pendidikan awal Ustaz ialah di SK Kampung Senari, kemudian menyambung di SMK Agama Matang 2. Ustaz meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Tafsir dan Hadith dan sekarang menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) di Universiti Malaya juga di dalam bidang Tafsir dan Hadith.


Syaikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki


Antara guru-guru al Fadhil Ustaz ialah Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki, Syaikh Ahmad Fahmi Zam Zam al Nadwi al Maliki, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki al Rembawi, Syaikh Baba Aziz dan ramai lagi
Masyaikh. al Fadhil Ustaz merupakan pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Petaling Jaya. al Fadhil Ustaz juga mengendalikan pengajian Talaqi di Uia PJ dan Uia Gombak.

Antara buku yang ditulis al fadhil Ustaz ialah
6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah, Terbitan Mawleed Publishing (sudah berada di pasaran), Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama', Inilah Jawapannya (akan terbit), Solat Menurut Mazhab Syafi'i (akan terbit) dan banyak lagi. Moga Ustaz akan terus berjaya dalam menegakkan Ahlu Sunnah wal Jama'ah di Malaysia ini, khususnya di bumi Sarawak yang bertuah SmileyCentral.com


Dalam perjalanan ke klia


5 Syawal (14 September) - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (4.05 p.m.) - Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (5.50 p.m.) (mntak maaf kat siapa2 yg saya madah flight saya kol 3 ptg, paduhal flight pkl 4.05 ptg, hehe.)


-Alhamdulillah, saya juga berkesempatan menghantar adik saya yang melanjutkan pelajarannya ke Alexandria University, di Iskandariah, Mesir (nganta sampei klia ajak lh).


Sebahagian pelajar ke Mesir


6 Syawal (15 September, 1.30 a.m.) - adik saya berlepas ke Kaherah, Mesir. InsyaALLAH, jumpa lagik man :)

- 10.45 a.m. - sampai di J 2.7, Mahallah Salahuddin al Ayyubi, Uia Gombak.


Rasanya, sekian sahaja catatan saya pada kali ini. Moga Allah Ta'ala menerima segala amalan kita pada Ramadhan yang lalu dan kita ditemukan dengan Ramadhan yang akan datang, moga kita diberikan Istiqamah dalam melakukan amal. Amiin.



Wallahu a'lam.




Rujukan:
Ramadhan Di Halaman Sunnah

Al Allamah Syeikh Hasan ibn Muhammad Al Masysyat Al Makki Rahimahullah

dikeluarkan oleh al Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
Cetakan Pertama Sya'ban 1431H / Ogos 2010M

SOFA PRODUCTION

Sunday, September 5, 2010

Risalah Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam, milik-Nyalah apa yang ada di langit, apa yang ada bumi, dan milik-Nyalah apa yang ada di antara keduanya.

Sholawat dan salam sentiasa dan selamanya kepada Penghulu Nabi dan Rasul, Semulia-mulia makhluk, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarganya, para Sahabat Radiyallahu Ta'ala 'anhum ajma'in, dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga Hari Kiamat moga diiringi dengan penuh kebaikan.




Menara Masjid Putra Nilai



Alhamdulillah, awal pagi tadi, saya menerima emel daripada al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as Sanari, Pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya yang bertajuk Risalah Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan. Risalah yang penuh dengan amalan-amalan yang kita boleh lakukan pada hari-hari terakhir Ramadhan kali ini dan InsyaALLAH, moga kita akan Allah Ta'ala pertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Sukacitanya, al Fadhil Ustaz membenarkan Risalah ini untuk disebarkan demi manfaat bersama.


Wallahu a'lam.


RISALAH AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN[1]

بسم الله الرحمن الرحيم

AMALAN UMUM[2]:

a) Sebolehnya beri’tikaf.

b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’.

c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri.

d) Makan sedikit waktu iftar[3].

e) Solat fardhu berjemaah.

f) Solat Rawatib dan Nawafil.

g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya.

h) Bersedekah.

i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu dan muzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.

j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan[4]:

1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)

2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x)

3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)

4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)

AMALAN KHUSUS:

PAGI:

1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat[5].

2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.

3- Sebelum naik matahari baca[6]:

i- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)

ii- لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (100x)

iii- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (100x)

iv- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (100x)

v- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100x)

4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.

TENGAHARI:

1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba’diyyah Zohor.

2- Ratib al-Aththos.

3- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ (25x)

PETANG:

1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.

2- Hizb al-Bahr.

3- اَللهُ أَكْبَرُ (100x)

MAGHRIB:

1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa[7].

2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba’diyyah Maghrib.

3- Solat sunat Awwabin.

4- Ratib al-Haddad.

ISYA’:

1- Solat Qabliyyah Isya’, solat fardhu Isya’, solat Ba’diyyah Isya’.

2- Solat Tarawih dan Witir.

Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar[8]:

Bermula pada pukul 12 tengah malam:

1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian[9].

2- Berwudhu’, solat sunat Wudhu’.

3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

4- Membaca Al-Qur’an.

5- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (100x)

6- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)

7- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (400x)

8- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (3x)

9- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)

10- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (200x)

11- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)

12- Ayat Al-Kursi. (3x)

13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.

14- Al-Wird al-Lathif.

15- Membaca doa khusus[10].

16- Solat Lailatul Qadar[11].

17- Paling kurang solat Isya’ berjemaah dan solat Subuh berjemaah[12].

LAMPIRAN:

(A):

Sebelum berdoa bacalah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Sebelum berselawat bacalah:

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya[13].

(B):

Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:

1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Fadhilat:

Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah.”[14]

2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka”

Fadhilat:

Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”[15]

Cacatan:

Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama’ (ramai) umpamanya:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka”

(C):

Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:

1- أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3x)

2- اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3X)

3- يَا كَرِيمُ (1x)

4- Doa:

اََللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.

“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”

Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.

(D):

Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.

Kaedah:

Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalam Al-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).

Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21[16].

Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama’ mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka’ab[17] dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu[18].

Tanda-tanda:

1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.

2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya[19].

3- Anjing tidak menyalak[20].

(E):

Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:

بسم الله الرحمن الرحيم

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”

Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab[21].

(F):

Solat[22] pada malam berlakunya Lailatul Qadar[23]

Lafaz niat:

أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.

Solat pada malam 27 Ramadhan[24].

Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.

Rujukan:

Bahasa Arab:

Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M.

Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Syaikh Masyaikhuna, Al-Arif billah al-Muhaddith, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t.

Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M.

Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M.

Kitab Jawi:

Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t.

Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t.

Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t.

Sair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t.

Bahasa Melayu:

Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan & Syawal (Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M.

Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadzan, Budiman Radzi, Kedah: Alor Setar, 1408H/ 1988M, ms 34-39.

Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t.

Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, 16-17, 19-20.

Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M.

* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1x untuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.

Disusun oleh:

Al-Faqir al-Jani ila Rabbihi al-Qodir al-Ghani

Muhadir bin Haji Joll

24 Ramadhan 1431H/ 4 September 2010M.


[1] Risalah yang sangat kecil ini mengandungi hanya sebahagian kecil amalan-amalan yang dilaksanakan pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan dari beberapa kitab yang sempat dirujuk di samping beberapa amalan yang Al-Faqir terima daripada beberapa masyaikh. Amalan pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan sangatlah banyak dan tidak terkira seperti yang diamalkan oleh para Salafus Solih dan Ahlil Azwaq. Setiap amalan ini mempunyai fadhilat/ kelebihan yang tertentu. Semoga kesalahan yang didapati di dalam risalah yang tidak seberapa ini dapat diperbetulkan. “Ya Allah Yang Maha Mengetahui, jadikanlah tulisan ini sebagai amal yang diterima di sisiMu dan sebagai bekalan penyusunnya di hari berjumpa denganMu kelak.” Amin…. Al-Faqir.

[2] Amalan umum dan khusus ini hendaklah dikerjakan ikhlas kepada Allah di samping mengharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.

[3] Tiga perkara ini iaitu (b), (c) dan (d) disebut di dalam hadith dari A’isyah:

كَانَ رَسُولُ اللهِ إِذَا كَانَ رَمَضَانَ قَامَ وَنَامَ، فَإِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ الْمِئْزَرَ وَاجْتَنَبَ النِّسَاءَ وَاغْتَسَلَ بَيْنَ اْلأَذَانَيْنِ وَجَعَلَ الْعَشَاءَ سَحُورًا

“Adalah Rasulullah apabila tiba Ramadhan, Baginda mendirikan ibadah pada waktu malam dan kadang-kadang tidur, lalu apabila masuk 10 yang terakhir (di bulan Ramadhan), Baginda mengikat kainnya, menjauhi isteri-isterinya (tidak menggauli mereka), mandi di antara dua azan (antara waktu Maghrib dan Isya’) dan menjadikan makan malamnya ke waktu sahur.”

[4] Lihat Lampiran: (A).

[5] Lihat Lampiran: (B).

[6] Lihat Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Masyaikhuna, As-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t, ms. 60.

[7] Lihat Lampiran: (C).

[8] Anugerah Lailatul Qadar hanya diberikan kepada umat Nabi Muhammad dan tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu. Lihat Lampiran: (D).

[9] Lihat di dalam Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M, ms. 182.

[10] Lihat Lampiran: (E).

[11] Lihat Lampiran: (F).

[12] Sebahagian ulama’ Syafi’iyyah menukilkan di dalam Al-Umm dari sebahagian dari para ulama’ besar Ahli Madinah yang juga menyetujuinya, yang mana sebahagian dari ulama’ mereka menukilkan dari Ibn Abbas bahawa menghidupkan malam Lailatul Qadar juga terhasil (terhitung/memadai) dengan solat Isya’ berjemaah dan berazam untuk solat Subuh berjemaah. Imam Malik berkata di dalam Al-Muwaththo’: “Telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Ibn Al-Musayyib berkata: Sesiapa yang sempat bersama Isya’ pada Lailatul Qadar iaitu sembahyang berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagiannya (pahala dan ganjaran) daripada malam Lailatul Qadar itu.” Begitu juga, Imam Syafi’e berkata di dalam Qaul Qadim: “Sesiapa yang bersama solat Isya’ dan Subuh (iaitu mengerjakan keduanya dengan berjemaah), maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagiannya daripadanya.” (Lihat Latho’if al-Ma’arif, ms. 178)

[13] Lihat Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M, ms. 34.

[14] Riwayat Imam At-Tirmizi dengan sanad Hasan, Imam Ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306.

Imam An-Nasa’i menambah selepas يُحْيِي وَيُمِيتُ dengan بِيَدِهِ الْخَيْرُ Beliau (Imam An-Nasa’i) juga menambah: “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”

Imam Ath-Thobrani menambah: “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka 12000...” (Lihat Khulashah Syawariq al-Anwar, ms. 14-15). )

[15] Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam 3 kitabnya iaitu Nata’ij al-Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabbaniyyah, 3/69 dan Hidayah ar-Ruwah, 2/472.

[16] Rujuk kaedah-kaedah ini dalam Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t, 2/131-132, Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t, ms. 22-23, Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t, ms. 43 dan Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M, ms. 97-109.

Huraian panjang lebar mengenai hadith-hadith berkaitan bila berlakunya Lailatul Qadar boleh dirujuk dalam Latho’if al-Ma’arif, ms. 169-173, 186-197.

[17] Hadith Muslim dari Ubay bin Ka’ab berkata:

وَاللهِ إِنِّي لأَعْلَمُ أَيَّ لَيْلَةٍ هِيَ، هِيَ الَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلُ سَبْعُ وَعِشْرِينَ

“Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bilakah malam ia. Ia adalah malam yang Rasulullah memerintahkan kita agar membangunkannya dengan ibadah. Ia adalah malam ke dua puluh tujuh.”

[18] Antara peristiwa itu ialah cahaya matahari tidak kuat pada paginya, rasa air laut menjadi tawar, sebahagian Salafus Soleh melihat para Malaikat tawaf di Masjidil Haram, di atas kepala manusia, pelepah tamar sujud, lelaki lumpuh boleh berjalan selepas berdoa, lelaki di Bashrah sembuh dari bisu dan lain-lain. (Rujuk Latho’if al-Ma’arif, ms. 194-195).

[19] Lihat tanda-tanda ini dalam Al-Maj’mu’ Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi, 6/490, Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t, ms. 115 dan Sair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t, 1/134.

[20] Jam’ al-Fawa’id, ms. 115 dan Sair as-Salikin, 1/134.

[21] Doa boleh dibaca selepas solat atau di dalam sujud terakhir dalam solat. Harus diingat bahawa doa tidak boleh dibaca dalam Bahasa Melayu ketika dalam solat kerana ia boleh membatalkan solat. Cukup dengan berdoa di dalam hati sahaja.

[22] Faedah:

Ini adalah suatu faedah yang sangat penting dalam perkara sembahyang yang melibatkan sembahyang yang jarang disebut di dalam kitab-kitab feqah. Al-Faqir terjemahkan pendapat Hujjah al-Islam, Imam Al-Ghazzali di dalam Ihya’, Bab Ketujuh: Fi An-Nawafil min ash-Sholawat:

“Ketahuilah, bahawa selain daripada solat-solat fardhu, ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Sunan (sunat), Mustahabbat (Mustahab) dan Tathawwu’at (Tathawwu’).

Apa yang kami maksudkan dengan sunat ialah apa yang dinukilkan daripada Rasulullah bahawa Baginda selalu (muwazhobah) mengerjakannya seperti solat sunat Rawatib selepas solat-solat fardhu, solat Dhuha, Witir, Tahajjud dan lain-lain, kerana sunat (atau sunnah) adalah ‘ibarah (gambaran/perumpamaan) jalan yang selalu ditempuh.

Dan apa yang kami maksudkan dengan mustahab ialah yang datang hadith menerangkan keutamaannya dan tidak dinukilkan bahawa Nabi selalu (muwazhobah) mengerjakannya - seperti apa yang akan kami nukilkan tentang solat pada waktu siang dan malam dalam seminggu - dan seperti solat ketika keluar dari rumah dan masuk ke dalam rumah dan lain-lain.

Dan apa yang kami maksudkan dengan Tathawwu’ ialah yang selain dari itu, yang tidak datang dari athar, akan tetapi seseorang hamba itu melakukannya kerana mengharapkan pada bermunajat kepada Allah Ta’ala dengan cara solat yang telah diterangkan oleh Syara’ tentang keutamaannya secara mutlak, seolah-olah dia menderma, kerana tidak disunatkan solat itu secara khusus tetapi disunatkan mengerjakan solat itu secara mutlak. Dan tathawwu’ pula adalah ‘ibarah daripada menderma (tabarru’).

Dinamakan ketiga-tiga solat tersebut dengan Nawafil, di mana “An-Nafl” ialah pertambahan, kerana jumlahnya menambahkan solat fardhu. (Lihat Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M, 1/273).

[23] Perukunan Sembahyang Melayu, ms. 43-44 seperti yang dinukilkan dari kitab Nuzhah al-Majalis.

Faedah:

Di dalam kitab Jam’ al-Fawa’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththani ketika menafsirkan ayat: تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ, beliau berkata:

“Kata qil, ‘Ruh’ itu Jibril Alaihis Salam. Kata qil, iaitu ‘Ruh Muhammad’, minta izin akan Tuhannya pada malam itu, dan memberi salam atas segala mukminin dan mukminat, ia mensyafaatkan atas mereka itu. Kata qil, ‘Ruh segala kerabatnya yang sudah mati dahulu’, dan berkata mereka itu: “Hai Tuhanku, izinkan bagi kami, kami turun kepada tempat kami hingga kami lihat akan anak kami dan isi rumah kami.”

Maka turunlah mereka itu dan berhenti mereka itu pada tiap-tiap pintu rumah mereka itu, dan berkata mereka itu: “Kamu kasihani akan kami pada malam ini dengan sedekah dan dengan suap makanan. Maka bahawasanya kami sangatlah berkehendak kepadanya. Maka jika kamu bakhil, maka kamu ingatkan kami dengan dua rakaat daripada sembahyang pada malam yang berkat ini. Adakah seorang daripada kamu ingatkan kami? Adakah seorang yang kasihan akan kami? Adakah daripada seorang yang ingat akan dagang kami, hai orang yang duduk pada kampung kami? Dan orang yang berkahwin akan perempuan kami? Dan hai orang yang duduk dalam keluasan ma[h]ligai, dan kami di dalam kepicikan (kesempitan) kubur kami. Dan hai orang yang me[ng]hinakan anak yatim kami, dan yang me[ng]halalkan [h]arta kami, adakah daripada kamu seorang memikir[kan] di dalam dagang kami, dan meluaskan kami di dalam kepapaan kami? Suratan kami sudah tergulung, dan suratan kamu lagi terbuka…” (lihat Jam’a al-Fawa’id, ms. 116).

[24] Perukunan Sembahyang Melayu, ms. 43-44 seperti yang dinukilkan dari kitab Ihya’ Ulum ad-Din. Ia dilakukan pada malam 27 Ramadhan kerana pendapat yang rajih (kuat) mengatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam ini.