Sunday, March 25, 2012

Seminar Antarabangsa dan Maulid Perdana..


بسم الله الرحمن الرحيم



Muslimin dan Muslimat, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar dengan segala hormatnya di jemput untuk menghadiri..



Seminar Antarabangsa sempena pelancaran Universiti As Sofa..



dan


Maulid al Rasul صلى الله عليه وآله وسلم Perdana


Hadirkan diri anda!

Thursday, March 8, 2012

Kenapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan?

بسم الله الرحمن الرحيم





Hikam No.6: Kenapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan?
Disyarahkan oleh al 'Allamah Nur al Din Syaikh Dr. 'Ali Jumuah حفظه الله , Mufti Mesir,
dari kitab al Hikam oleh al 'Arif BiLlah Sidi Ibnu 'Ato'illah al Sakandari رحمه الله.


Monday, March 5, 2012

Program Cuti Sekolah MAC 2012

بسم الله الرحمن الرحيم







PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH BULAN MAC 2012

PERKHEMAHAN REMAJA MENJEJAKI SUNNAH

ANJURAN KOLEJ ISLAM AS-SOFA

UNTUK REMAJA 11-17 TAHUN

DAFTAR SEGERA!


SEBAR-SEBARKAN :)

Saturday, March 3, 2012

Masa Muda


بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah تعالى , yang telah menganugerahkan kami dengan anugerah al Mustofa صلى الله عليه وآله وسلم yang wajib kami bersyukur dengannya.

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya ke atas kekasih yang dirindui صلى الله عليه وسلم, ahli keluarga serta para sahabat yang mulia lagi berjasa, dan orang-orang yang mengikuti jalan mereka hingga hari Kiamat.


Penulis pernah mendengar kalam Imamuna, 'alim Quraisy, al Imam al Syafi'i رضي الله عنه , yang disampaikan oleh al Habib 'Ali Zainal 'Abidin al Hamid حفظه الله :

"Sepatutnya pemuda itu hidup dengan Taqwa dan Ilmu."


Moga kami digolongkan dalam golongan itu, disibukkan dengan ilmu yang membawa kepada Taqwa kepada Allah تعالى. Meskipun jika tidak tergolong dalam kalangan ahli ilmu, maka cukuplah jika digolongkan dalam kalangan yang mengasihi ahli ilmu serta penuntutnya.

Moga kami diselamatkan oleh Allah تعالى daripada penyakit cintakan dunia dan segala perkara yang menyukarkan kami untuk menerima ilmu dan mengamalkannya, dan sebaliknya, moga hati kami sentiasa berpaut padaNya dan kekasihNya, Imam kami, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.



Hadiah dari ulama'..


Pesan ulama' lagi, Imam Abu al Hasan al Syazuli رحمه الله berkata:

العلم ما قارنه الخشية

"Ilmu itu ialah yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah تعالى."


Selagi masih ada ulama' di sekeliling kita, maka rebutlah peluang untuk hadir ke majlis ilmu, zikir, sholawat dan sebagainya yang mereka anjurkan, sesungguhnya, duduk bersama mereka, dalam majlis mereka, kita tidak akan ditimpa kecelakaan.

Berkata al Fadhil Ustazuna حفظه الله;

" Ulama' " itu adalah satu pengiktirafan daripada ulama' yang lain. Di mana, ulama' adalah yang diktiraf keilmuannya dalam sesuatu bidang keilmuan dan sebagainya. Bukanlah ulama' itu dinilai atau diiktiraf dengan pengiktirafan masyarakat awam terhadapnya, tetapi oleh para ulama' jua."


Fahamilah, siapa yang kita anggap, sanjung sebagai ulama'? Bukanlah ulama' itu adalah yang diangkat oleh sesebuah jemaah atau parti politik sahaja, oleh masyarakat awam. Carilah ulama', mereka akan menunjukkanmu jalan menuju kepada Allah تعالى.

Moga kami ditemukan dan dapat bersuhbah dengan ulama', memperolehi adab serta ilmu daripada mereka, dan moga kami dikurniakan istiqamah dalam melazimi mereka.


Ya Allah, selamatkanlah kami daripada musibah dalam agama.
Mohon doakan kami ya (^_^)


Wallahu a'lam.
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Gombak,
10 Rabi'ul Akhir 1433H/3 Mac 2012M.

Rujukan;

Adab dan Doa Penuntut Ilmu, Cetakan Pertama Ramadhan 1432H/Ogos 2011M
al Musnid Dato' Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki حفظه الله
-Pengerusi Aqidah Kerajaan Negeri Sembilan
-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
-Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan

Friday, March 2, 2012

MPR 1433H


بسم الله الرحمن الرحيم


Segala Puji Bagi Allah تعالى atas limpahan kurnia dan rahmatNya.

Sholawat dan salam sentiasa dan selamanya ke atas Penghulu kami, contoh ikutan kami, rahmat kepada seluruh alam, Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وسلم ahli keluarga dan para Sahabatnya, serta orang-orang yang mengikut jalan mereka.


Kali ini, penulis sekadar nak mewarwarkan satu majlis yang diberi nama, Malam Penghargaan untuk Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS). InshaAllah akan diadakan pada 23 Mac 2012, bertempat di Godown Amphitheatre, Kuching Waterfront, Kuching, Sarawak.






Maka, penulis dengan sukacitanya menjemput muslimin dan muslimat, khususnya yang berada di sekitar Kuching dan berdekatan dengannya.

Ya, anda semua dijemput hadir! (^_^)

Dan jangan lupa sebarkan berita gembira ini kepada kawan-kawan, keluarga anda serta umat Muslimin..

Dan jangan lupa doakan penulis ya. Jazakumullahu khairal jaza'.


Wallahu a'lam.
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Gombak, Juma'at,
9 Rabi'ul Akhir 1433H/2 Mac 2012M.