Wednesday, April 20, 2011

HAKIKAT ASYA'IRAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Boleh baca terus di sini: http://ysofaklforms.blogspot.com/2010/11/hakikat-asyairah.html


Al 'Arif Billah Al 'Allamah Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Sayyid 'Alawi al Maliki al Hasani
رحمه الله تعالى
(Pengarang kitab Mafahim Yajib an Tusohhah)



Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 16 Nov 2010

Perhentian kita yang seterusnya dalam menelaah kitab Mafahim Yajib an Tusohhah (Kefahaman Yang Wajib DiPerbetulkan) karya al-Muhaddith Dr.Sayyid Muhammad bin `Alawi al-Maliki ialah tentang salah-faham terhadap mazhab aqidah Asya`irah. Asya`irah adalah gelaran kepada mereka yang mengikut pegangan mazhab aqidah yang dirumuskan oleh al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ariy RH. Ia merupakan mazhab aqidah majoriti besar umat Islam sepanjang zaman.

Pun begitu, masih ramai umat Islam tidak mengetahui tentang mazhab Asya’irah. Mereka tidak mengenali siapakah yang dimaksudkan dengan al Asya’irah dan method mereka di dalam bidang aqidah. Lantaran itu, sebahagian daripada mereka tidak berhati-hati meletakkan Asya’irah di dalam kesesatan dan melemparkan tuduhan bahawa Asya’irah telah terkeluar daripada agama Islam dan tergolong di dalam golongan mulhid (terpesong dari kebenaran) di dalam menghuraikan sifat-sifat Allah.

Kejahilan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan terhadap kesatuan Ahli Sunnah dan merobek kesatuan umat Islam sehingga sebahagian orang-orang jahil menganggap golongan Asya’irah tergolong di dalam golongan yang sesat. Saya tidak tahu, bagaimana mereka menyamakan di antara golongan yang beriman dengan golongan yang sesat, dan bagaimana mereka boleh menyamakan di antara golongan ahli Sunnah dengan pelampau Muktazilah yang merupakan golongan Jahmiyyah? (pengikut Jaham ibn Sofwan yang berasal dari Khurasan. Mazhabnya dikenali dengan Jabariah yang berpendapat tidak ada ikhtiar bagi makhluk.)

Firman Allah SWT: “Patutkah Kami (berlaku tidak adil dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat) sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur dan ingkar).” (Apa sudah jadi dengan akal kamu?) Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?.”(al-Qalam: 35-36)

Asya’irah ialah pemimpin-pemimpin ulama’ Islam yang membawa petunjuk dan ulama’ yang mempunyai ilmu meliputi timur dan barat. Kelebihan, keilmuan dan keagamaan mereka disepakati oleh manusia pada zaman mereka. Mereka merupakan tokoh-tokoh ulama’ Ahli Sunnah berwibawa tinggi yang berdiri teguh menentang kesesatan fahaman Muktazilah. Dalam mengupas tentang mazhab Asya’irah, Ibnu Taimiyyah berkata: Ulama’ ialah golongan pembantu ilmu-ilmu agama, manakala Asya’irah ialah golongan pembantu usul agama. (Al-Fatawa: H: 16, Juzu’ 4)

Sesungguhnya mereka merupakan tokoh-tokoh hadith, feqah dan tafsir dari kalangan tokoh-tokoh imam yang utama seperti Syeikh al Islam Ahmad Ibnu Hajar al ‘Asqalani RH; syeikh dan pakar hadith yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Beliau juga merupakan pengarang kitab Fath al Bari ‘ala Syarh al Bukhari yang tidak dapat tidak, diperlukan dan dipegang oleh semua ulama’. Beliau berpegang dengan mazhab Asy’ari.

Begitu juga syeikh ulama’ Ahli Sunnah; Imam Nawawi RH, pengarang Syarah Sohih Muslim dan karya-karya lain yang masyhur, bermazhab Asy’ari. Syeikh Ahli Tafsir, Imam al Qurtubi RH pengarang kitab Tafsir al Jami’ li Ahkam al Quran, bermazhab Asy’ari. Syeikh al Islam Ibnu Hajar al Haitami RH pengarang kitab al Zawajir ‘an Iqtiraf al Kabair, bermazhab Asy’ari. Syeikh Feqah dan Hadith, al Imam al Hujjah al Thabat Zakaria al Ansari RH, bermazhab Asy’ari.

Imam Abu Bakar al Baqilani RH, Imam al Qustallani RH, Imam al Nasafi RH, Imam al Syarbini RH, Abu Hayyan al Nahwi RH pengarang tafsir al Bahr al Muhit, Imam Ibnu Juzaiy RH pengarang kitab al Tashil fi Ulum al Tanzil dan lain-lain lagi, kesemuanya merupakan tokoh-tokoh Asya’irah.

Sekiranya kita hendak mengira bilangan pakar ilmuwan dari kalangan ahli hadith, tafsir dan feqah yang bermazhab Asy’ari, pasti tidak muat untuk ditulis di dalam kitab ini dan tentunya memerlukan beberapa jilid kitab untuk memuatkan kesemua nama ulama’ ini yang ilmu mereka tersebar luas di Timur dan Barat dunia. Sesungguhnya menjadi kewajipan ke atas diri kita, menyifatkan mereka dengan sifat-sifat yang baik dan mengenali kelebihan ahli ilmu yang telah menaburkan khidmat mereka kepada syari’at Rasulullah SAW.

Di manakah lagi kebaikan yang kita harapkan sekiranya kita melemparkan tuduhan sesat dan menyeleweng daripada kebenaran kepada ulama’ besar kita dan salafussoleh? Bagaimanakah Allah akan membukakan bagi kita untuk mendapat faedah dari ilmu-ilmu mereka setelah kita beri’tiqad bahawa mereka berada dalam keraguan dan menyimpang dari jalan Islam?

Pengarang menegaskan, “Sememangnya patut saya katakan, adakah terdapat ulama’ masa kini yang terdiri daripada doktor-doktor dan cerdik pandai mampu melakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Syeikh al Islam Ibnu Hajar al ‘Asqalani RH dan Imam Nawawi RH dalam berkhidmat terhadap Sunnah Rasulullah SAW yang suci? Adakah kita mampu untuk memberikan khidmat terhadap Sunnah Nabi SAW sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua ulama’ besar ini? Semoga Allah mengurniakan kepada mereka rahmat dan keredhaanNya.

Bagaimanakah kita boleh menuduh mereka dan ulama’ mazhab al Asya’irah yang lain sebagai sesat, sedangkan kita amat memerlukan ilmu-ilmu mereka? Bagaimanakah pula kita boleh mengambil ilmu daripada mereka, sekiranya kita mengatakan mereka berada di dalam kesesatan? Imam Ibnu Sirin RH berkata: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu.”

Atau memadailah golongan pembangkang berkata, “Sesungguhnya Allah telah merahmati mereka (ulama’ al Asya’irah), mereka berijtihad, lalu melakukan kesilapan di dalam mentakwilkan sifat-sifat Allah.” Perkataan ini adalah lebih baik daripada kita bertindak melulu menuduh tokoh-tokoh ini dengan keraguan dan kesesatan dan membenci orang-orang yang tergolong di kalangan Ahli Sunnah wal Jama’ah.

Sekiranya Imam Nawawi, al ‘Asqalani, al Qurtubi, al Baqilani, al Fakhr al Razi, al Haitami, Zakaria al Ansari RHM dan ulama’ berwibawa yang lain tidak tergolong di dalam golongan Ahli Sunnah wal Jama’ah, maka siapakah dia Ahli Sunnah wal Jama’ah?

Saya menyeru dengan ikhlas kepada setiap pendakwah dan orang-orang yang bergiat dalam lapangan dakwah Islam, agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan umat Muhammad SAW terutamanya terhadap tokoh-tokoh ulama dan fuqaha’nya. Sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW sentiasa berada dalam kebaikan hingga hari Kiamat. Tidak ada kebaikan pada diri kita apabila kita tidak mengetahui kedudukan dan kelebihan ulama’ kita. (Untuk rujukan lanjut, dicadangkan tulisan Syeikhuna al ‘Allamah Syeikh Muhammad Ali Sobuni mengenai Mazhab Asy’ariyyah dalam perbahasan yang panjang lebar dan sangat bagus)”

Monday, April 11, 2011

Jangan Sakiti Nabi!

بسم الله الرحمن الرحيم



Al 'Allamah Nur al Din Syaikh Dr. Ali Jumu'ah حفظه الله تعالى (Mufti Mesir)



Sumber asal: http://ysofakl.blogspot.com/2010/05/jangan-sakiti-nabi.html


Oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
(Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan)


Sesiapapun akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut dihadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada diantara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya. Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab dihadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan ini dengan sabdanya, “Jangan engkau mencerca mereka yang mati lalu engkau menyakiti mereka yang hidup.” sabda Nabi SAW (riwayat al-Tirmizi).


Fatwa Prof. Dr. Ali Jumu'ah, Mufti Mesir menjawab Status Ayahanda & Bonda Nabi s.a.w
........................................................................................................................................

Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam Neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apapun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhlukNya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam Neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulang-ngulangkan kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan RasulNya?

Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan

Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan timbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menempati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menanggapinya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan diperbetulkan.

Fahaman Yang Lebih Sejahtera

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam Neraka sebenarnya berpuncakan dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satu daripadanya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa matan atau teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ini adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah yang dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu`ara’ yang bermaksud, “dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud”. Ibnu `Abbas RA, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi dikalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan Rasul-rasulNya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa’:15, al-An`aam:131, al-Syu`araa’, al-Nisaa’:165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba’:44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada dizaman yang tiada rasul padanya yang menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.
Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna ‘abi’ dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud ‘ayah’ kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW. Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An`aam : 74). Ada juga pandangan ulama’ bahawa kedua-dua hadis riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya.

Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihatkan betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz ada dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn `Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, “Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab- kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta`dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama’ Makkah, Al-`Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum`ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. InshaAllah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.

Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasihNya dalam rantaian keturunan hamba-hambaNya yang terpilih.

Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah dan pertanggungjawaban. Bagi masyarakat am pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di tv dan popular di internet tidaklah semestinya terjamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.

Monday, April 4, 2011

Mufti Mesir Berdoa: Terpotong Kaki & Tangan Penghancur Makam Sayidina Husain & Menghancurkan Makam Adalah Keluar Daripada Agama

بسم الله الرحمن الرحيم


~Robbi Sallim Sallim! (Wahai Tuhanku Selamatkan, Selamatkanlah)..

~Mohon sama-sama kita berdoa kepada Allah Ta'ala agar memudahkan segala urusan Masyaikh al Azhar al Syarif serta pendokong-pendokong Ahlu Sunnah wal Jama'ah khususnya di Mesir.

Wallahu a'lam.

Sumber: http://sufimedan.blogspot.com/2011/04/mufti-mesir-berdoa-terpotong-kaki.html


al 'Alim al 'Allamah Nur al Din Syaikh Dr. 'Ali Jum'ah حفظه الله


Mufti Negara Mesir Fadhilah Syaikh Doktor Ali Jum'ah mengeluarkan sebuah ultimatum kepada sekelompok orang yang telah menghancurkan sebahagian makam di beberapa propinsi dan mengisyaratkan bahwa tindakan tersebut telah keluar dari agama, akal dan kemanusiaan.

Mufti berbicara dengan keras ketika meriwayatkan perdebatan beliau dengan sekelompok orang yang menganggap bahwa makam adalah berhala. Beliau berkata, "Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam telah meninggalkan 360 berhala di ka'bah dan tidak menghancurkannya walaupun beliau mampu, dan sesungguhnya Mesjid Nabawi mencakup makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar bin Khattab." Beliau juga menolak tuntutan untuk
meruntuhkan makam Sayidina Husain dengan spontan beliau berkata, "Diam wahai orang-orang tercela… wahai pandir yang keji…moga Allah memotong kaki, tangan dan lehermu wahai kurang ajar. Hasbunallah wa ni'mal wakil." Dan seluruh jama'ah sholatpun mengaminkan perkataan beliau yang membuat dinding-dinding Mesjid Al Azhar menggema.

Selama khutbahnya di Mesjid Al Azhar hari ini, Mufti juga menuturkan bahwasanya kelompok tersebut berdalilkan dengan hadits yang mereka tidak memahami makna hadits tersebut, yaitu;

لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد من دون الله

"Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani, mereka telah mengambil kubur-kubur Nabi mereka sebagai tempat sujud selain daripada Allah"

Mereka tidak memahami bahwasanya tempat sujud yang dimaksud hadits adalah kubur yang dijadikan tujuan arah sujud bagi orang-orang yang sujud (bukan ke arah kiblat). Adapun umat Islam tidak akan mengambil kubur-kubur para walinya sebagai tujuan arah sujud mereka, berdalilkan dengan hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

اللهم لا تجعل قبرى وثناً يعبد

"Ya Allah janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah"

Doa tersebut juga menjadi penguat akan keterjagaan Umat Nabi Muhammad daripada menyembah kubur, tidak seperti yang telah dilakukan oleh umat-umat sebelumnya dimana mereka telah menjadikan kubur para walinya sebagai tujuan arah sujud.
Doktor Ali Jum'ah juga menggelar kelompok yang ingin menghancurkan kubur para wali Allah yang sholih sebagai orang-orang yang terlewat dan buta mata hatinya, sambil mengisyaratkan bahwa Pusat Penelitian Islam telah mengeluarkan bayan menegaskan bahwa meruntuhkan kubur adalah tindak kriminal dan perbuatan haram yang mengancam negara dan rakyat jatuh kepada fitnah berkepanjangan (la ya'lamu madaha illallah).

Mufti juga menegaskan bahwa walaupun kelompok tersebut menghafal alquran dan sunnah, namun mereka bukan orang-orang alim dan ilmu merekapun adalah imitasi, berdalilkan dengan hadits
إن أخوف ما أخافه عليكم رجلاً من أمتى قرأ القرآن حتى إذا رويت عليه بهجته مال على جاره بسيفه (فقطع أذنه)، وقال له أشركت، فقال له الصحابة يا رسول الله أيهما أحق بها الرامى أم المرمى، قال لهم الرسول بل الرامى"

"Sesungguhnya yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah seseorang dari umatku yang membaca alquran hingga apabila disampaikan kepadanya keelokan dirinya, ia mengayunkan pedangnya kepada teman di sebelahnya (memotong telinganya)[1] dan berkata kepadanya: "kamu syirik". Maka sahabat bertanya kepada Rasul: Wahai Rasulullah, mana yang lebih pantas dengan kalimat itu, yang mencela atau yang dicela? Rasulullah menjawab: Tentulah yang mencela."

Mufti juga mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

لا تختلفوا فتختلف قلوبكم، إذا رأيتم خلافاً فعليكم بالسواد الأعظم ومن شذ شذا فى النار.. لا تجتمع أمتى على ضلالة.. ما راءه المسلمون حسن فهو عند الله حسن

"Janganlah kalian berpecah belah hingga berpecah belah hati kalian, apabila kalian melihat perpecahan maka hendaknya kalian bersama yang mayoritas… dan siapa yang menyendiri maka akan menyendiri di neraka… tidak akan berkumpul umatku dalam kesesatan… apa-apa yang dipandang kaum muslimin baik maka baik pulalah di sisi Allah."

Karena Islam untuk setiap masa dan tempat, mengkhitab setiap orang, oleh karena itu Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

من سن سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها إلى يوم الدين، ومن سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها إلى يوم الدين

"Siapa yang memulai perbuatan baik maka baginya pahala dan pahala siapa-siapa yang mengamalkannya sampai hari kiamat, dan siapa yang memulai perbuatan buruk maka atasnya dosa dan dosa siapa-siapa yang mengamalkannya sampai hari kiamat."

Maka Rasul menyuruh kita untuk mempermudah dalam dunia dan memasukkan unsur-unsur Islam ke setiap masa dan penjuru. Al-Azhar Asy-Syarif yang kita banggakan ini adalah benteng Ahlus Sunnah wal Jama'ah dimana Al-Azharlah yang mengajarkan dunia dan manusia seluruhnya di timur dan barat.

Mufti juga berkata: Sebahagian orang telah mencari-cari mazhab pertengahan ini, itulah mazhab Al-Azhar karena Allah telah meninggikan kedudukan ilmu maka Allah memulai wahyunya dengan kalimat: iqro' bismirabbikalladzi kholaq, fas'alu ahla dzikri in kuntum laa ta'lamun. Al-Azhar adalah ilmu dan pendidikan. Dan meletakkan manhaj ilmu yang akurat dimana seorang murid berjumpa langsung gurunya untuk mengambil aqidah, syari'ah dan akhlak dan mengajarkan ilmu-ilmu yang membantunya untuk faham, Kemudian beliau menimpali: Sebahagian orang mencari ilmu agama ini hanya di atas kasur saja, di dalam rumah tanpa syaikh, sehingga hanya berhenti pada teks (zhohir) dan tidak menyentuh hakekat. Mereka hanya melihat permasalahan secara parsial, tidak menjangkau permasalahan secara global. Mereka mendahulukan yang khusus daripada yang umum dan mengutamakan kepentingan pribadi daripada kepentingan umat.

Maka manhaj Al-Azhar dan para Syaikhnya dibangun atas dasar kasih sayang. Mereka mengkokohkan manhajnya di atas kelembutan dan menerima perbedaan. Maka kita Al-Azhar memandang Malikiyah, Hanafiyah, Syafi'iyah dan Malikiyah adalah sama, hidup dan makan bersama-sama. Di Al-Azhar kita diajarkan untuk tidak bersedih terhadap apa yang hilang dan tidak bersenang-senang terhadap apa yang ada. Kita juga diajarkan agar tidak berbicara sebelum belajar. Manhaj Al-Azhar jauh dari sikap berlebih-lebihan karena kita mendengar dari Rasulullah dan beliau sendiri yang melarang dari perbuatan berlebih-lebihan. Maka ikutilah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, cintailah beliau dan ahlul baitnya serta para wali sholihinnya."

Mufti melanjutkan, bahwasanya wajib bagi kita semua untuk mengikut Syaikhul Islam Syaikhul Azhar, Imamnya para imam umat Islam sedunia, seorang alim robbani yang menjadi tempat kita bergantung; Syaikh Ahmad Thoyyib dan ulama-ulama yang ada di belakang beliau. Mesir ini terjaga karena sholat dan doa mereka. Maka doakanlah untuk imam kita ini dalam sholat-sholatmu dan doakanlah Mesir agar aman dan tentram.

3 April 2011, pkl 11.38 pm














[1] Kiasan untuk kata menghujum (menyerang dengan kata-kata, mencela)

Makam Kepala Sayidina Husain bin Ali bin Abi Thalib ra di Kairo


Sunday, April 3, 2011

Akan Datang, April ini..

بسم الله الرحمن الرحيم






Muslimin dan Muslimat dijemput untuk menghadiri majlis Mawlid al Rasul صلى الله عليه وآله وسلم dan Haul Syaikh 'Abdul Qadir al Jailani رضي الله عنه bertempat di Masjid Tuanku Mizan zainal 'Abidin, Putrajaya, pada Sabtu, 5 Jamadil Awwal 1432H bersamaan 9 April 2011M. Majlis bermula pada jam 5.00 ptg hingga 9.00 malam.



Sila klik pada banner

Majlis bakal diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu istimewa, antaranya ialah Maulana al Syaikh Afeefuddin al Jailani (Pengerusi Al Wariseen Trust), Fadhilatul Habib Umar bin Hamid al Jailani (ulama' dari Mekah al Mukarramah), Dr Afifi al Akiti dan Fadhilatul Habib Hasan bin Mohammed Salim al 'Attas (ulama' dari SIngapura) حفظهم الله

Maklumat lanjut boleh layari laman web Al Wariseen Trust atau event di facebook di sini.


Wallahu a'lam.