Tuesday, May 25, 2010

Promosi Buku

Segala Puji Bagi Allah S.W.T. yang setiap perkara semuanya berlaku dengan izin-Nya.

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya dilimpahkan kepada al Mustofa Shallallahu 'alaihi wa alihi wa sohbihi wa baaroka wa sallam.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Posting kali ni saya cuma nak madah (mengumumkan) sebuah buku karangan al Fadhil Ustaz Muhadhir bin Haji Joll as Sarawaqiy, yang sekarang bertugas sebagai pensyarah di Pusat Asasi UIA, Kampus PJ.

Buku al Fadhil Ustaz bertajuk 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah. Buku al Fadhil Ustaz sudah diterbitkan.

Alhamdulillah, saya telah memiliki buku tersebut. Sangat bagus untuk dijadikan rujukan dalam memahami perkara-perkara asas dalam Khilafiyyah. Semoga Allah memberikan kita kefahaman dan agar kita dapat berlapang dada dalam menerima pandangan orang lain.

Tambahan pula, nota kaki dalam buku tersebut memberikan ilmu yang berharga dalam kita mengenali riwayat hidup para sahabat Radiyallahu Ta'ala 'anhum ajma'in, para Salafussoleh dan para ulama' yang 'alim lagi soleh.

Buku al fadhil Ustaz sudah ada di kedai buku Pustaka Rezeki Harapan, Wisma Yakin, Kuala Lumpur dan di Pustaka As Sunnah, 36, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. (di facebook, Al Sunnah Islamstore).

Sesiapa yang berminat membelinya di Kuching, Sarawak, anda boleh menghubungi Saudara Amirul di talian 013 5681422

Saya sekadar hendak memaklumkan sahaja, agar kita semua maklum :)

Info tambahan di bawah saya nukilkan dari laman al Fadhil Ustaz Abu Zahrah, http://al-fanshuri.blogspot.com untuk dikongsikan bersama. Selamat membaca!


Wallahu a'lam.



Buku - 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah


Dapatkan segera buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah.
Harga: Semenanjung Malaysia RM 30.00; Sabah/Sarawak RM 33.00
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.


Buku ini di tulis oleh teman karib al-Fagir iaitu al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sarawaqi. Beliau adalah merupakan pensyarah di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor. Dan insyaAllah akan menamatkan pengajian peringkat kedoktoran (PhD) sedikit masa lagi.

Buku ini adalah merupakan sebahagian kecil daripada tajuk-tajuk perbincangan beliau di dalam buku beliau yang berjudul PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA (buku yang tebalnya mencecah 1,000 halaman ini masih di dalam proses untuk dicetak). Isi kandungan buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah ini membincangkan beberapa perkara penting yang perlu difahami di dalam rangka memahami perkara-perkara khilafiyyah. Buku ini dibahagi kepada 2 bahagian:

Bahagian Pertama membincangkan tajuk:

  • Bid’ah
  • At-Tark
  • Mafhum dan bentuk Ibadah
  • Hadits Dhaif
  • Ikhtilaf
  • Mempercayai Ulama` dan pendapat mereka
Bahagian kedua (petikan perbahasan beberapa perkara khilafiyyah daripada kitab asal PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA yang membincangkan lebih daripada 117 persoalan)
  • Melafazkan niat
  • Posisi meletakkan tangan selepas takbiratulihram
  • Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud
  • Doa qunut di dalam sholat Shubuh
  • Kenduri/majlis tahlil
  • Talfiq
  • Tidak bermazhab dan lain-lain

Untuk mengetahuinya, maka sila dapatkan buku tersebut!

Friday, May 14, 2010

Be careful


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan kedaan kami.



Sholawat dan Salam moga sentiasa dan selamanya dilimpahkan kepada semulia-mulia makhluk Sayyidina Rosulillah Shallallahu 'alihi wa alihi wasallam.



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Posting saya kali ini sekadar untuk menyampaikan maklumat berkenaan golongan yang terlalu mudah menghukum umat Islam lain dengan tuduhan bid'ah, kafir dan lain-lain yang dipetik dari http://jomfaham.blogspot.com/

Awas, mereka sudah pun merebak di dalam Facebook berdasarkan tinjauan penulis. Mereka bergerak melalui group-group di dalam Facebook. Antara isu popular yang seringkali digemburkan adalah, masalah-masalah furu'iyyah (cabang), isu berkaitan dengan talqin, dan sebagainya, dan tulisan-tulisan mereka pasti tidak lari daripada memperlekehkan dan merendah-rendahkan para ulama' yang beramal dengan ilmunya lagi soleh.




Di Ba'alawi, Kemensah.



Memang para ulama' bukanlah
Maksum, namun mereka adalah manusia yang sentiasa Allah S.W.T. pelihara (Mahfuz), yang sentiasa mengingati Allah S.W.T., yang akhlak mereka jauh sekali jika hendak di bandingkan dengan akhlak kita, tetapi bagaimana pula halnya dengan kita ?. Marilah kita cerminkan diri kita, sejauh manakah kita beradab kepada mereka, para ulama' ?. Walhal, mereka adalah pewaris para Nabi 'alaihimussolatuwassalam.

Namun, ini tidaklah bermakna kita mengagungkan para ulama' sehingga ke tahap menyucikan mereka (sebagaimana dakwaan golongan minoriti). Maka adalah penting untuk kita lebih berhati-hati dan peka terhadap golongan sebegini yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan umat Islam, samaada daripada sudut 'Aqidah, Feqahnya dan lain-lain.


Nasihat saya, berhati-hatilah terhadap tulisan-tulisan, video-video mereka dan sebagainya, supaya kita tidak terlibat dalam menghukum Majoriti umat Islam.


Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mengkafirkan golongan tersebut, atau menghentam mereka. Semoga Allah memberi mereka Taufiq dan HidayahNYA dan membuka hati mereka supaya menerima nasihat yang ingin disampaikan.

Apa pun, selamat membaca dan harap disebarkan kepada sahabat-sahabat lain untuk kemaslahatan bersama. Jazakumullahu kheir.



Wallahua'lam.






Assalamu'alaikum,

Setelah berkecimpung di dalam arena Facebook yang serba meluas tanpa ada kawalan (sebagaimana juga laman-laman blog/web) yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. Didapati terdapat juga group fans yang dalam diam/halus membawa fahaman Wahhabi tetapi dengan motto yang pastinya memikat siapa sahaja. Seperti groupfans ini :

1. ♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas!

2. AHLI SUNNAH

3. SUNNAH

4. HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR



Apa yang menarik, artikel-artikel yang bercorak percintaan amat menarik perhatian remaja akan disajikan. Dan biasanya secara perlahan-lahan akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh ulamak wahhabi yang terlibat dalam menghukum sesat dan kafir kepada Umat Islam. Terdapat beberapa ahli yang telah di'ban' hanya kerana menegur admin di Group Fans ini kerana menjelaskan dan membongkar kegiatan mereka.

Sebagai contoh :

Group Fans yang pertama iaitu :♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas! telah memberikan link group ini ke laman web RASUL DAHRI.

Rasul Dahri telah menulis satu buku di dalam kandungan bukunya mengandungi isi yang mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang mengikut Asya'iroh.

Buktinya :



















Antara isinya (sila klik untuk besarkan imej) :

























Dalam tulisan yang digariskan merah menyebutkan :
Termasuk dalam kategori ini (bid'ah i'tikad) sebagaimana yang disepakati oleh ulamak Ahli Sunnah Wal - Jama'ah [tidak tahulah ulamak mana yang beliau sandarkan hukuman ini] yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh ialah : Syiah, Khawarij, Jahamiyyah, Murjiah, Muktazilah, Asya'ariyyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka ini adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka.

Adakah ini salah satu cara terbaharu untuk membawa fahaman Rasul Dahri yang menghukum kafir kepada Asya'iroh ? Juga membawa fahaman wahhabi ekstrim yang lain ?

Seorang pelajar bernama Muhammad Nasri Azhar yang menjadi admin AHLI SUNNAH dan HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR menghukum ulamak tasawwuf sebagai zindiq dan majhul. Malah ada satu pendapatnya yang ekstrim menghukum sesat kepada Salafussoleh/Ulamak Islam yang mentakwilkan ayat mutasyabihat.

Buktinya (sila klik untuk besarkan):


















Antara Salafussoleh dan Ulamak Islam yang mentakwilkan ayat mutasyabihat : 1. Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu:
bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…”
(Syarah Sahih Muslim 6/36-37) 2. Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.:
“Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya.
(Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31). 3. Telah diriwayatkan secara ma’thur bahawa tafsiran sebahagian salafus soleh, terhadap ayat “Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada” dengan makna, bersama makhluk dengan ilmuNya (bukan dengan zatNya).” (Dr Yusuf Al Qardhawi, Fusulun fil Aqidah: 84). 4. Dalam ayat
“Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…”
Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6) 5. Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328) 6. Imam Mujahid r.a. menta’wilkan perkataan “janbi” (dalam maksud bahasa bererti pada sisi) Allah s.w.t., dalam ayat surah Az-Zumar ayat 56, dengan maksud: perintah Allah s.w.t.. (Tafsir At-Tabari 24/13). 7. Daripada Abu Hurairah RadiyaLlahu 'anhu bahawa RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :
يضحك ألله إلى رجلين يقتل أحدهما الأخر كلاهما يدخل ألجنة, فقالو كيف يا رسول الله؟ قال : يقاتل هذا في سبيل الله فيستشهد ثم يتو ب الله على القاتل فيسلم فيقاتل في سبيل الله فيستشهد

Ertinya : ALlah merahmati dua orang lelaki; salah seorang di antara keduanya membunuh yang lain, lalu kedua-duanya masuk syurga. Para sahabat radiyaLlahu 'anhum bertanya, Bagaimanakah boleh jadi begitu , wahai RasuluLlah?" Jawab baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam, "Lelaki ini telah terbunuh pada jalan Allah, maka dia mati syahid. Kemudian si pembunuh tadi bertaubat kepada ALlah dan memeluk Islam, maka ALlah menerima taubatnya. Selepas itu dia pergi berperang pada jalan ALlah, maka dia mati syahid.
Imam al Bukhari telah mentakwilkan perkataan الضحك yang pada bahasa adalah ketawa dengan makna الرحمة rahmat (Al Asma' wa As Sifat, H 470, Dar Ihya' Al Turath al Arabi. Fath al Bari bi Syarh Sohih Al Bukhari Jilid 6 H : 123-124. Sahih Muslim bi Syarh Imam An Nawawi Jilid 15 H : 32-33.
Peringatan : Berhati-hatilah dalam memilih group fans di Facebook. Tidak mahulah suatu hari nanti sesama sendiri, keluarga, saudara, kawan-kawan menghukum bid'ah sesat/ahli neraka/kafir. Na'uzubiLlahi min zalik. Diharap dapat sebarkan pendedahan ini kepada umat Islam agar tidak terjerat dengan fahaman yang ekstrim ini.



Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/2010/05/group-di-facebook-yang-membahayakan.html

Sunday, May 9, 2010

A reminder




Segala Puji Bagi Allah Pemilik Sekalian Alam, Yang Kekal Abadi tanpa akhir, Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya dilimpahkan kepada Semulia-mulia makhluk, Rasul yang diutuskan untuk membawa Rahmat ke sekalian alam, ahli keluarganya, para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya.


Renungilah kata-kata para Salaf yang Soleh akan saat-saat kematian, moga kita dimasukkan oleh Allah Ta'ala dalam kalangan orang yang beroleh Husnul Khatimah (kesudahan yang baik).

Salman al Farisi Radiyallahu 'anhu berkata: Apabila seseorang Mukmin yang sedang menghadapi kematian berpeluh dahinya, mengalir air mata dan kering kedua belah bibirnya, maka dia berada di bawah naungan rahmat Allah yang telah diturunkanNYA. Tetapi apabila ia berdengkur sperti dengkuran orang yang dicekik, lebam mukanya dan bibirnya berubah-rubah, maka dia berada di dalam azab Allah yang telah diturunkan.

Sufyan al Thauri Radiyallahu 'anhu berkata, "Tidak bersedia untuk mati orang yang menyangka bahawa dia akan hidup esok hari"

Katanya lagi, "Ketaatan akan mencabangkan mengingati mati, manakala maksiat akan mencabangkan lupa kepada mati".


Wallahua'lam.




Rujukan: Akhlak Salafussoleh Peringatan Manusia Yang Tertipu
Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
Sofa Production