Sunday, May 9, 2010

A reminder




Segala Puji Bagi Allah Pemilik Sekalian Alam, Yang Kekal Abadi tanpa akhir, Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Sholawat dan salam moga sentiasa dan selamanya dilimpahkan kepada Semulia-mulia makhluk, Rasul yang diutuskan untuk membawa Rahmat ke sekalian alam, ahli keluarganya, para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya.


Renungilah kata-kata para Salaf yang Soleh akan saat-saat kematian, moga kita dimasukkan oleh Allah Ta'ala dalam kalangan orang yang beroleh Husnul Khatimah (kesudahan yang baik).

Salman al Farisi Radiyallahu 'anhu berkata: Apabila seseorang Mukmin yang sedang menghadapi kematian berpeluh dahinya, mengalir air mata dan kering kedua belah bibirnya, maka dia berada di bawah naungan rahmat Allah yang telah diturunkanNYA. Tetapi apabila ia berdengkur sperti dengkuran orang yang dicekik, lebam mukanya dan bibirnya berubah-rubah, maka dia berada di dalam azab Allah yang telah diturunkan.

Sufyan al Thauri Radiyallahu 'anhu berkata, "Tidak bersedia untuk mati orang yang menyangka bahawa dia akan hidup esok hari"

Katanya lagi, "Ketaatan akan mencabangkan mengingati mati, manakala maksiat akan mencabangkan lupa kepada mati".


Wallahua'lam.




Rujukan: Akhlak Salafussoleh Peringatan Manusia Yang Tertipu
Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki
Sofa Production

No comments:

Post a Comment