Monday, August 9, 2010

Lama Sudah Aku Menanggung Rindu





طا لما اْشكو غرامى


LAMA SUDAH AKU MENANGGUNG RINDU;

WAHAI CAHAYA ALAM YANG INDAH!

SERTA AKU MENYERU, WAHAI NABI!

WAHAI PUNCA ILMU YANG PEMURAH!


Impianku setinggi-tinggi cita-cita;

Moga diberikan tuah dapat melihatmu;

Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);

Wahai sesuci-suci insan!



Wahai hiasan dunia ini!

Aku amat cinta dan rindu padamu;

Hanya pujian menjadi persembahanku;

Wahai bulan mengambang penuh!



Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;

Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;

Padamu aku bersangka baik;

Wahai yang benar pada janjinya!



Wahai pelita sekalian Rasul!

Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!

Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!

Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.



Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;

Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;

Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;

Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.



YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT, KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI, NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM DAN KELUARGANYA.*



* Terjemahan Qosidah disalin daripada Mukhtasar fi Sirah Al Nabawiyyah (Mukhtasar Sirah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam) oleh Al Imam Al Hafiz Abdur rahman ibn Al Daiba' Al Syaibani radiyallahu 'anhu (lebih dikenali sebagai Mawlid ad Daiba'ie), dikeluarkan oleh al Musnid al Faqih al Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.


~Telah berkata Syaikh al Munsyidin, Imam al Busairi Radiyallahu 'anhu dalam burdahnya:

"Tinggalkan cara orang Nasrani dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa 'alaihisalam-iaitu jangan katakan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wa sallam itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda Shallallahu alaihi wa alihi wa sallam sesuka hati."



Sholawat dan salam ke atas Sayyid al Anbiya' (Penghulu Para Nabi)

Sholawat dan salam ke atas Sayyid al Sadaat (Penghulu segala Penghulu)

Sholawat dan salam ke atas Sayyid al Kaunain (Penghulu dua alam; dunia dan akhirat)

Sholawat dan salam ke atas al Zaki al Amin (Orang yang suci lagi dipercayai)

Sholawat dan salam ke atas Sayyid Walad 'Adnan (Penghulu anak cucu 'Adnan)

Sholawat dan salam ke atas Khair al Bariyyah (Sebaik-baik makhluk)

Sholawat dan salam ke atas al Sayyid al Nabil (Penghulu keturunan yang mulia)

Sholawat dan salam ke atas Sayyid al Mursalin (Penghulu segala Rasul)

Sholawat dan salam ke atas Sayyid al Anam (Penghulu sekalian alam)



Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment